UEC Diiktiraf? PH Diminta Beri Penjelasan

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Teo Nie Ching telah menguar-uarkan satu iklan berkenaan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (PISMP) tetapi pada masa yang sama telah meletakkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat lulus untuk diterima masuk ke program ijazah itu.

Sehubungan itu, ADUN Parit Raja, Rashidah Ramli meminta penjelasan mengenai kewajaran meletakkan UEC sebagai syarat lulus untuk diterima masuk ke program ijazah berkenaan dan sistem perjawatan kerajaan.

“Ini kerana tiada lagi sebarang keputusan rasmi yang dilakukan kerajaan mengenai isu pengiktirafan sijil UEC. Maka Kementerian Pendidikan harus menerangkan yang fakta sebenar mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini

Jelasnya, wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain lulus subjek Sejarah, sebagai syarat akademiknya.

“Program ijazah itu juga meletakkan syarat tambahan yang mana membenarkan lulusan UEC dengan sekurang-kurangnya tiga gred kepujian pada peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC – SML), turut digalakkan juga memohon program berkenaan.

Katanya, difahamkan Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk mengkaji dan mengumpul fakta dahulu mengenai sijil UEC sebelum ia diiktiraf selain juga sudah wujud satu jawatankuasa untuk mengkaji UEC sebelum ia diterima pakai secara meluas, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan sendiri pada Julai tahun lalu.

“Namun kini sijil UEC telah menjadi salah satu daripada syarat lulus untuk mengikuti sebuah program ijazah sarjana muda dan kemudiannya diserap masuk ke sektor kerajaan sebagai seorang guru di sekolah,” katanya.

Dilaporkan, Teo Nie Ching semalam menerusi Twitter beliau telah memaklumkan tentang pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi lepasan UEC. – MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: