ADUN MENGKIBOL TUNJUK SIKAP RACIST

KENYATAAN ADUN MENGKIBOL MENUNJUKKAN SIKAP RACIS DAP

Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kluang yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kluang ingin membidas sekeras-kerasnya kenyataan YB Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol yang mengaitkan kes pembunuhan di dua buah mesjid, di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama antara UMNO dan PAS di Malaysia. Beliau berpendapat seolah-olah kerjasama UMNO dan PAS akan menjurus kepada naratif perkauman Melayu serta ekstremis agama Islam di Malaysia.

Saya merujuk kepada kenyataan beliau di Malaysiakini pada 15 Mac 2019, jam 6.28 petang (kemudian dikemaskini semula jam 7.36 malam).

Ternyata pendapat ini menyerlahkan lagi pemikiran ekstrem pemimpin DAP yang jumud dan tidak meraikan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang majmuk sepertimana yang kononnya menjadi halatuju Malaysia Baru.

Hakikatnya kerjasama yang sedang dirintis oleh UMNO dan PAS adalah berkaitan penyatuan ummah (Melayu dan Islam) yang sedang berpecah-belah demi memelihara kedudukan agama Islam serta bangsa Melayu. Saya percaya orang bukan Melayu juga mengakui akan perpecahan orang Melayu Islam di negara ini.

Kerjasama UMNO dan PAS bukanlah semata-mata hanya dalam politik untuk memenangi pilihanraya, apatahlagi menubuhkan kerajaan ala-Taliban. Kerjasama ini adalah untuk merapatkan semula jurang yang telah memisahkan sesama bangsa dan membina semula sillaturrahim yang dituntut oleh agama (Islam). Penyatuan ummah ini tidak sesekali ingin menindas kaum dan agama lain. Agama Islam sentiasa mengajar umatnya tentang kedamaian. Orang Melayu pula sejarahnya sentiasa bertoleransi dan meraikan kaum lain. Sejarah negara ini juga menunjukkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan PAS (Kelantan dan Trengganu) bersikap sederhana dan tidak pernah mengetepikan kaum lain. Para pemimpin UMNO dan PAS juga meraikan perayaan kaum lain (yang bukan ritual ibadat) seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain.

Orang bukan Melayu juga pun sentiasa menyeru perpaduan di kalangan kaumnya. Ia tidak salah, asalkan untuk menyemai rasa tanggungjawab bersama menjaga keharmonian negara.

Oleh hal yang demikian, saya nasihatkan YB ADUN Mengkibol ini supaya buatlah kerja dan tunaikan janji-janji yang diucapkan semasa kempen pilihanraya yang lalu. Salah satu janji adalah nak sediakan ratusan peluang pekerjaan supaya anak-anak Kluang tak perlu merantau jauh, namun apa yang terjadi sebaliknya, ramai yang hilang pekerjaan seperti yang berlaku di kilang jubin beberapa bulan dulu. Saya juga mencabar ADUN Mengkibol (sebagai wakil rakyat kerajaan) merealisasikan sambungan jalan lingkaran dalam (dari Taman Kluang Barat – Taman Titiwangsa) diteruskan ke Jalan Kota. ADUN Mengkibol yang dahulu sering memberi alasan ‘wakil rakyat pembangkang’. Hari ini anda semua adalah kerajaan, realisasikan harapan rakyat, tunaikan janji yang diucap.

Janganlah menambahkan lagi kecelaruan fikiran jumud dan menimbulkan kekeliruan rakyat. Jagalah kawasan, bukan bercakap sembarangan…!

#UMNO&PASForAll
#muafakatmembawaberkat
#JohorBerkemajuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: