Wanita Umno hulurkan bantuan pada mangsa pencemaran toksik

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor di sini.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, lawatan itu merupakan tanda keprihatinan Pergerakan Wanita UMNO bersama ahli Parlimen pembangkang lain bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Wanita UMNO juga ingin mengajak semua pihak agar mengambil segala langkah sepatutnya serta menyeru semua pihak supaya sama-sama berdoa agar krisis pencemaran di SUngai Kim Kim, Pasir Gudang yang memudaratkan kesejahteraan penduduk kembali pulih seperti sedia kala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, antara bantuan yang dihulurkan kepada mangsa seperti makanan, minuman dan barangan kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: