PERCEPAT TUBUH RCI TABUNG HAJI SETIAP NEGERI

Tubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) di setiap negeri selesai polemik Tabung Haji

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong sepenuhnya gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) untuk satu Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) diwujudkan sebagai satu usaha untuk menyelesaikan polemik TH secara tuntas dari terus berpanjangan dan menghakis kepercayaan umat Islam.

TH adalah institusi ulung kewangan Islam yang menjadi kebanggaan Malaysia. TH diiktiraf bukan sahaja sebagai agensi penyimpanan dan pengurusan Haji yang tersusun dan moden oleh masyarakat global malah menerajui perkembangan ekonomi dan perbankan Islam di Malaysia sehingga mencapai tahap pada hari ini.

Oleh yang demikian, penubuhan satu RCI TH diharapkan dapat menyiasat segala dakwaan seperti pematuhan akta dan pembayaran hibah haram, kerugian yang disorokkan, kegagalan perlaburan serta salah laku dan penyelewengan oleh mana-mana individu.

Berbekalkan semangat ‘berani kerana benar’ dan ‘yang haq pasti mengalahkan yang batil’, Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong sepenuhnya desakan KPUM kami agar RCI ini segera ditubuhkan.

Kenyataan KPUM semalam mengenai penubuhan RCI telah membuka mata rakyat Malaysia akan kepentingan untuk imej dan kredibiliti TH dimata rakyat.

Pemuda UMNO Negeri Johor bersetuju dengan gesaan KPUM bahawa peranan Ketua Audit Negara di dalam polemik ini harus diketengahkan dan tidak disepikan seperti yang kita lihat sekarang. Selaku badan yang dijamin oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara seharusnya menyatakan pendapat rasminya tanpa rasa takut kerana akaun-akaun TH pada tahun-tahun yang didakwa oleh Pengurusan TH yang baru sebagai tidak mematuhi Akta Tabung Haji 1995 ini, telah diaudit dan diberikan sijil pematuhan audit oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

Dakwaan oleh Pengurusan TH yang baru dan pimpinan PH bahawa TH selama ini telah rosak dan mengagihkan hibah yang haram ini secara tidak langsung menuduh Ketua Audit Negara sebagai bersekongkol, tidak kompeten dan tidak bebas ini adalah serius dan menjejaskan kredibiliti Ketua Audit Negara.

Justeru, Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak agar Ketua Audit Negara untuk tampil ke hadapan memberikan penjelasan ‘without fear and favour’ akan pendapat dan dapatan audit mereka terhadap laporan kewangan TH pada tahun-tahun yang terlibat.

MOHD HAIRI MD SHAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO JOHOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: