Sultan Johor titah jangan bubar DUN, elak timbul krisis

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, meminta isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berikutan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar tidak ditimbulkan bagi mengelak krisis perlembagaan di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap beliau di Istana Pasir Pelangi, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Katanya, Sultan Johor juga menolak cadangan UMNO Johor untuk membubarkan DUN negeri ini atas alasan sama.

“Saya menerima cadangan Sultan Ibrahim supaya isu pembubaran DUN Johor tidak dibangkitkan pada waktu ini.

“Ini kerana baginda bertitah ia boleh menimbulkan krisis perlembagaan di Johor.

“Jadi untuk mengelak krisis berpanjangan dan membuktikan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 adalah undang-undang lengkap, maka pembubaran DUN pada waktu ini sekiranya tidak dilakukan akan dapat mengelak berlakunya krisis perlembagaan.

“UMNO Johor akur dengan titah Tuanku itu dan tidak akan membangkitkan lagi isu ini (pembubaran DUN Johor),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan UMNO Johor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, UMNO Johor mencadangkan pembubaran DUN kepada Sultan Johor apabila Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, 8 April lalu.

Sementara itu, Hasni yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor berkata, Sultan Ibrahim juga menitahkan ahli UMNO memahami dengan jelas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bagi mengelakkan tafsiran silap.

“Tuanku tidak mahu rakyat terkeliru apabila ada pihak yang membuat pelbagai konotasi dan tafsiran contohnya undang-undang tubuh ini sekiranya terdapat pertikaian maka Perlembagaan Persekutuan mengatasinya,” katanya.

Dalam pada itu, Hasni berkata, UMNO Johor akan memberi peluang kepada Menteri Besar baharu untuk melakukan tugas membangunkan Johor. – Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: