UMNO Johor tetap sentiasa bersama Rakyat & Sultan Johor

SYUKURLAH kemelut penggantian, seterusnya pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu tidak berlarutan lama apabila kelmarin Dr. Sahruddin Jamal, 43, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17.

Tumpang sekadar pemerhati dari jauh apa yang berlaku di negeri Ujong Tanah itu dalam sebulan dua ini.

Dan sementelahan pula Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ketua Pembangkang negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad kenalan Tumpang, maka ada sedikit ruang untuk Tumpang minta beliau berkongsi apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa menghadap baginda pada pagi Sabtu 13 April lalu.

“Tuanku menyebut dua tiga kali mengenai Undang-Undang Tubuh negeri Johor 1895. Titah Tuanku undang-undang itu telah digunakan sejak tahun 1947/48 lagi apabila wujud persefahaman antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Memang jelas Undang-Undang Tubuh Negeri Johor ini tetapi apabila (Datuk) A Kadir Jasin menulis dan Tamrin Ghafar membangkitkan isu ini, ia semua berlaku kerana tiada persefahaman mereka terhadap kedudukan institusi raja-raja yang dipertahankan oleh Undang-Undang Tubuh Negeri ini,” kata Hasni.

Kata Hasni lagi, Sultan Johor turut membangkitkan kebimbangan soal-soal berkait tanah air dan agama Islam yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri (Johor), selain isu-isu berbangkit mengenai projek pembangunan hab pemindahan kargo antara kapal ke kapal (STS) berserta kenyataan-kenyataan dalam media sosial terhadap orang Melayu dan Islam.

“Ini kalau tidak dibendung boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat…baginda menyuarakan kebimbangan ini.

“Tuanku juga menggambarkan jangan ada pihak cuba mempersoalkan institusi raja ini sama ada dari segi sudut negara ini adalah berbentuk monarki mutlak tidak timbul sama sekali.

“Jangan cuba ada pihak yang membuat persepsi yang seolah-olah apabila sesuatu pandangan (dari Istana) itu dibuat, ia seolah-olah bersifat kenyataan yang dibuat di luar Perlembagaan Persekutuan. Segala titah dan juga kenyataan yang dibuat itu sesuatu yang mengikut lunas-lunas undang-undang sedia ada,” kata Hasni.

Tegas Hasni kepada Tumpang, UMNO Johor akan terus mempertahankan undang-undang Tubuh Negeri menerusi pemahaman ahli-ahlinya dalam pelbagai cara termasuk forum, seminar dan sebagainya seperti mana dititahkan oleh baginda.

“Saya akan minta supaya UMNO bahagian-bahagian ambil langkah-langkah mendapatkan khidmat pakar-pakar yang boleh menjelaskan undang-undang ini.

“Ini dapat menghuraikan mengenai kedudukan institusi raja dan tanggungjawab Raja dalam menentukan kedudukan Menteri Besar dan perjalanan bidang-bidang dalam DUN. Pada masa sama dapat diperjelaskan kepentingan rakyat adalah terkawal dan dilindungi Undang-Undang Tubuh Negeri,” kata Hasni.

Ibarat Sultan dan rakyat berpisah tiada, demikian jugalah di Johor yang mana hubungan UMNO dan Sultan ada nilai sentimentalnya.

UMNO sendiri pun bukan lahir di tepi jalan, UMNO juga bukan lahir di lereng bukit tetapi lahirnya UMNO adalah di Istana Besar Johor pada 1946.

UMNO Johor lebih agresif bersuara


KATA Hasni kepada Tumpang, UMNO Johor akan lebih agresif memperjuang dan menyuarakan hak serta kepentingan rakyat kepada kerajaan negeri.

Menarik perhatian peranan ketua-ketua kampung sejak PH memerintah Johor kira-kira 11 bulan lalu, kata beliau, ia tidak nampak keberkesanannya.

“Masyarakat semakin menyuarakan kebimbangan ini kerana apabila berlaku bencana seperti insiden toksik di Pasir Gudang baru-baru ini, begitu ketara sekali kelemahan peranan ketua-ketua kampung ini. Tidak seperti ketua-ketua kampung di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang tahu apa nak dibuat,” kata beliau.

Ditanya komennya setakat ini terhadap prestasi sebahagian besar ketua kampung lantikan kerajaan negeri PH, kata Hasni lagi:“Pelantikan sudah mereka buat, cuma di peringkat pengurusan oleh ketua-ketua kampung masih lagi cacamarba. – © Utusan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: