Kemenangan BN di Rantau, Bukti kemenangan Rakyat

REMBAU 13 April – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas berjaya memperoleh sebanyak 10, 397 undi.

Keputusan tersebut menyaksikan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dengan majoriti 4,510 undi selepas pakar bius itu memperoleh 5,887 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus mengumumkan keputusan tersebut kira-kira pukul 8.45 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Dalam pada itu, dua calon Bebas yang turut bertanding, R. Malarvizhi mendapat 83 undi, manakala Mohd. Nor Yassin mendapat 79 undi.

Yang turut hadir meraikan kejayaan Mohamad ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mohamad pertahan Rantau, majoriti 4,510 undi

Kemenangan BN itu turut disambut penyokong-penyokong BN yang telah mula memenuhi kawasan hadapan pusat penjumlahan undi sejak pukul 7.45 petang.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November 2018, bahawa kemenangan tanpa bertanding Mohamad di kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat selepas Streram memfailkan petisyen membatalkan kemenangan Mohamad ekoran beliau dihalang masuk ke pusat penamaan calon di sini oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 April tahun lalu.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan adalah penyandang kerusi DUN itu selama tiga penggal sejak 2004. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: