RAKYAT PERLU TUNTUT JANJI PAKATAN HARAPAN

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya berasa malu, kerana berani berjanji bulan dan bintang, namun tidak pula bersedia menunaikannya.

Lebih kurang dua minggu lagi genaplah setahun PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 yang lalu, tetapi masih gagal menunaikan janji mereka. Masih lagi gagal menunjukkan sesuatu kepada rakyat. Masih gagal memberikan kepuasan hati kepada rakyat.

Jelas bahawa kerajaan Pakatan Haprak ini adalah kerajaan yang GAGAL.

Mungkin kumpulan mereka telah biasa melakukan penipuan dan fitnah. Kerana itu lah mereka tidak malu untuk berdepan dengan rakyat yang sentiasa menuntut janji mereka.

Golongan anak muda terutamanya turut terkesan dengan peralihan pemerintahan ini. Manifesto yang dianggap anak muda seperti bulan jatuh ke riba, hari ini, mungkin hanya tinggal kenangan Memang tidaklah harapannya.

Keangkuhan pakatan yang bongkak ini semenjak menang PRU14 ini boleh dilihat melalui kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata bahawa PH tidak perlu meminta maaf ekoran gagal memenuhi janji 100 hari dalam manifesto mereka.

Perkara ini membuktikan mereka tidak pernah rasa bersalah kerana gagal tunaikan janji.

Apatah lagi para menteri PH yang lebih dikenali sebagai Menteri ‘rebrand’. Kerana terlalu kerap menjenamakan semula projek kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini mereka juga yang memaki, mencaci dan memaksa kerajaan BN untuk tidak melaksanakannya. Hari ini, rakyat jelas melihat kerajaan hari ini hanyalah pandai menabur janji dan manis mulut bila berbicara.

Mana janji kurangkan kos sara hidup rakyat? Mana janji hendak bantu turunkan harga minyak? Mana janji tidak bebankan rakyat? Mana janji pendidikan percuma di institusi pendidikan? Ianya hanyalah dongeng semata-mata tanpa pelaksanaan.

Kerajaan yang tidak ada pengalaman ini apabila menjadi kerajaan, tak tahu selok-belok pentadbiran ingat semua benda terlalu senang nak buat, hari ini jadi kerajaan esok terus boleh dilaksanakan. Baru mereka tahu mereka semua adalah munafik

Menjelang setahun kerapaan PH ini memerintah, lebih banyak isu berbangkit terutamanya yang membabitkan kepentingan umat Islam, memartabatkan bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu & Bumiputera, prinsip rukun negara gagal diuruskan dengan baik.

Oleh itu, rakyat perlulah sedar bahawa PH bukanlah merefomasi pentadbiran sebaliknya tidak berjaya menyatukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di mana menteri yang rasis dilantik sebagai Menteri yang menjaga perpaduan.

Memalukan !

Tengok cermin, lihat diri kita, adakah kita masih yakin dengan PH? Sanggupkah kita ditipu lagi? Adakah kemenangan mereka tulen dan tulus? Sedarlah diri, jawab pada diri sendiri bahawa Malaysia sebenarnya rugi punyai kerajaan yang huru hara ini.

Mohd Hairi Mad Shah
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: