Sidang Media (MT) UMNO : Perhimpunan Agung UMNO 2019

KUALA LUMPUR, 22 April – .Kita mahu memperkemaskan lagi gerak kerja, jentera-jentera parti termasuk pemuda,wanita & puteri, untuk kita menghadapi pilihanraya kecil yang bakal berlaku & di masa-masa yang akan datang, kita akan memperkemaskan lagi gerak kerja untuk mendekati pengundi dengan lebih proaktif lagi.

Contohnya seperti PRK CAMERON HIGLANDS, apabila kita membuat gerak kerja disana dengan secara kemas maka hasilnya pun, akan memberikan hasil yang terbaik, UMNO tidak akan mengambil bahagian dalam PRK SANDAKAN, Majlis Tertinggi BN akan membuat keputusan malam ini sama ada minat atau berhasrat untuk meletakkan calon, selepas mesyuarat majlis tertinggi BN bersama parti-parti komponen yang lain.

Katanya, UMNO memerlukan satu hari ekstra bagi membolehkan Perlembagaan parti dipinda.

“Kita telah pun bersetuju PAU diadakan pada tarikh 13 Nov (Rabu) – 16 Nov kerana memerlukan satu hari ekstra untuk mengadakan EGM yang mana parti sekarang sedang dalam proses untuk meminda Perlembagaan parti.

“… untuk menyesuaikan Perlembagaan parti yang mana kita ada sekarang bukan sebagai parti kerajaan, dulu kita punya Perlembagaan terlampau rigid, kita punya cadangan untuk pinda antara lainnya adalah membuka seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menjadi ahli UMNO, untuk memberikan lebih banyak kemudahan mereka masuk sebagai ahli contohnya kita akan aktifkan kita punya keahlian UMNO-Online yang sudah dimodify dan boleh masuk dalam minggu depan.

“Banyak lagi tentang Perlembagaan terutamanya kita nak berikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada UMNO Sabah yang mana ia menggambarkan situasi politik semasa di Sabah.”

Turut Hadir bersama (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor) Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad.

Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad kiri hujung.

Kita akan aktifkan semula UMNO ONLINE supaya lebih mudah, sebab orang muda sekarang banyak cenderung kepada IT, kita akan memudahkan mereka untuk mendaftar & memilih cawangan mereka sendiri, contohnya pilih umno cawangan rantau, bahagian rembau, tak perlu dia mencari ketua cawangan, dari segi tapisan peringkat bahagian akan buat dalam masa 3 bulan atau 1 bulan, jika lebih 3 bulan, UMNO HQ akan ambik alih.

Kita akan menyambut ulangtahun UMNO pada 11 Mei. kita akan buat secara sederhana di PWTC, kita minta supaya perhubungan negeri di negeri masing-masing untuk buat hari sambutan ulangtahun UMNO.

Katanya, adalah lebih sustainable untuk jangka masa yang panjang UMNO Sabah ini diberikan status autonomi sepenuhnya agar mereka dapat urus parti di peringkat Sabah sendiri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.

Dalam masa yang sama beliau turut memaklumkan tarikh mesyuarat UMNO peringkat Cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini dilanjutkan sehingga ke 30 Mei depan.

“Jika dulu tempoh mengadakan mesyuarat Cawangan diberikan daripada 15 Feb-30 April tetapi telah dipanjangkan untuk memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada cawangan dan bahagian mengurus menyuarat-mesyuarat tersebut, dipanjangkan daripada 15 Feb kepada 30 Mei. Ini ada masa lagi.”

Katanya, ini memandangnya ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau dan penyertaan daripada banyak bahagian-bahagian dalam Negeri Sembilan sendiri dan juga dokongan daripada bapa-bapa angkat di seluruh negara termasuk Perhubungan UMNO Negeri juga menghantar banyak jentera dalam PRK tersebut.

“Mereka juga terlibat secara langsung dalam PRK Rantau, maka pihak pengurusan UMNO dan telah dipersetujui oleh pihak Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk kita memanjangkan tempoh untuk mengadakan mesyuarat di cawangan masing-masing supaya dapat memberikan ruang kepada cawangan-cawangan agar tidak tergesa-gesa mengadakan mesyuarat di kawasan masing-masing.”

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau memaklumkan tarikh baru mesyuarat UMNO peringkat Bahagian.

“Untuk memberikan banyak pemimpin-pemimpin parti turun ke peringkat bawah di mesyuarat Bahagian nanti… bagi menerangkan isu-isu semasa dan memberikan semangat kepada pemimpin-pemimpin di akar umbi di peringkat bahagian-bahagian, maka mesyuarat UMNO Bahagian turut dipanjangkan daripada 15 Jun sehingga 15 Ogos 2019,” katanya lagi. – MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: