TIGA NAMA EXCO BAHARU NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang dilantik esok bakal menyaksikan tiga muka baharu selain hampir semua portfolio distruktur semula.

Menurut sumber BH, tiga muka baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri (BERSATU) dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon (DAP).

“Dua EXCO sah digugurkan ialah ADUN Skudai yang sebelum ini menjawat portfolio Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tang Hong Pin serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri yang juga ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

“Penstrukturan semula portfolio juga dilakukan secara menyeluruh dan semuanya dengan nama baharu sebagai contoh portfolio Pendidikan kini bergabung dengan Sumber Manusia, Sains dan Teknologi.

“Kesihatan pula misalnya akan digabungkan dengan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sejak Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 14 April lalu, pelbagai spekulasi dan laporan media mengatakan terdapat beberapa nama EXCO akan digugurkan selain terdapat muka baharu yang akan membarisi ‘pasukan’ pentadbiran Dr Sahruddin.

Esok, majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan EXCO akan berlangsung di Istana Bukit Serene pada jam 9 pagi dan Dr Sahruddin dijangka mengadakan sidang media bersama barisan kepimpinan baharu pada tengah hari. -Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: