JANGAN PANDAI CAKAP TETAPI BUKTIKAN

Semalam, Johor telah menerima 3 orang EXCO baru di mana dua daripada EXCO sebelum ini elah digugurkan.

Sebab pengugguranya tidak diketahui.

Pemilihan EXCO baru ini berjalan dengan baik tetapi beberapa pertukaran portfolio yang berlaku menunjukkan ketidakmatangan Kerajaan Negeri Johor kepada rakyat.

Manakan tidak, nama sebelum ini menjaga sesuatu portfolio ditukarkan semula tidak sampai 12 jam.

Keghairahan bangsa Johor menerima seorang Menteri Besar baru yang berpendidikan tercalar disebabkan ada diantara exco yang dipilih tiada pendidikan tinggi dan ada exco yang masih disimpan walaupun tidak menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini.

Menteri Besar Johor yang telah memilih teamnya dan menguggurkan ahli partinya yang bukan teamnya juga menunjukkan sifat tamak dan angkuhnya seorang Menteri Besar.

Seharusnya beliau menunjukkan tauladan dan pimpinan yang baik buat rakyat serta sedia bekerja bersama sesiapa walau bukan dari papan yang sama tetapi dari pokok yang sama.

Sudah cukuplah bersandiwara dan mulakanlah kerja wahai Menteri Besar. Rakyat mahu melihat apa lagi yang mampu ditunaikan oleh kerajaan PH terutamanya di Johor.

Saya tertarik dengan kata kata dari Ketua Armada Johor iaitu :

Saya turut meminta seluruh rakyat negeri Johor tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang politik agar kembali kepada titah Sultan Johor untuk kita sama-sama muafakat dan bersatu. Berhentilah bermain politik dan inilah masa untuk bekerja mengangkat maruah bangsa Johor yang sebenar.

Saya harap Dr. Sahruddin dapat mendiamkan Putrajaya dari terus-terusan mengkritik Johor serta masuk campur urusan rakyat dan Istana Johor.

Saya juga masih teringat semasa kempen PRU 14 dulu, Ketua Armada ini banyak memberikan pandangan tentang harga minyak, isu gst, isu rumah, isu hospital dan sebagainya.

Adakah YB PH telah lakukanya? Janji manifesto PH pun dikatakan bukan seperti kitab bible yang perlu dituruti.

Sekaranglah masanya PH Johor dan kuncu-kuncunya membuktikan kepada rakyat apa yang dikatakan sewaktu manifesto itu adalah benar bukannya mitos.

Usah jadi manusia yang kuat menipu. Itu munafik !


MOHD HAIRI MAD SHAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
23 APRIL 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: