Menjawab tuduhan dan fitnah yang tidak berasas kepada Hishammuddin Hussein

Menjawab beberapa persoalan yang diajukan dan ditimbulkan oleh individu-individu yang konsisten memberikan kritikan, tuduhan dan fitnah yang tidak berasas kepada Hishammuddin Hussein

1.Peranan Hishammuddin di dalam UMNO

  • Persoalan mengapa tidak bertanding? Hisham mengambil tanggungjawab diatas kekalahan PRU 14 dan ingin berikan peluang serta ruang kepada muka baru untuk menerajui parti. Tetap membantu memainkan peranan walaupun hanya menjawat jawatan selaku Ketua Bahagian UMNO Sembrong. Orang-orang yang menghentam Hisham kerana tidak bertanding tidak pun pernah datang, memberi sokongan meyakinkan, malah terus konsisten menghentam dari sebelum PRU sehinggalah hari ini.

2.Apa peranan Hisham membantu UMNO Johor dan Pusat?

  • Apa yang dibantu UMNO sewaktu proses pemulihan parti sejurus kalah PRU14, Hisham melalui pengalaman dan persahabatan yang masih ada dia menyumbang dalam banyak hal, cuma tak semua benda nak kena tunjuk, ikhlas dalam Islam bukan suatu perkara yang perlu ditunjuk-tunjuk, nanti jadi riak pulak. Memandangkan ramai dah bertanya dan mempersoal, elok dikongsikan.
  • Dalam keadaan ramai yang kata Hisham adalah tali barut, hisham adalah broker. Ini semua hanya persepsi dan tanggapan sinis. Perkara yang sebenar adalah sejurus kalah pada PRU 14 yang lepas, ramai rakan-rakan MP yang bertemu H2O bertanya dan bertukar pendapat atas kapasiti sebagai kawan lama, apa dan bagaimana halatuju di dalam parti pasca PRU 14, terutama dalam suasana MP tidak lagi mendapat sebarang perhatian dan bantuan dari Kerajaan Pusat, akaun Parti dibekukan, aset disita dan perkara ini menjadi cabaran untuk melakukan tugasan selaku Ahli Parlimen.
  • Kalau nak pentingkan diri, Hisham tak perlu bersusah payah dengar segala pandangan n rintihan kawan-kawan. Tapi semua demi perjuangan. Dia sumbang ikut kemampuan dan kelebihan yang dia ada. Ramai yang dah patah semangat, nak meninggalkan parti. Tapi Hisham terus memujuk mereka supaya kekal di dalam parti, memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap TokMat selaku Timbalan Presiden menjalankan Tugas-Tugas sebagai Presiden.
  • Itulah peranan yang tak nampak oleh yang lain, walau tidak memegang apa-apa jawatan tidak semestinya tidak boleh menyumbang. Malah diberi laluan kepada pemimpin lain untuk kedepan membawa idea baru, kaedah baru supaya parti boleh terus berdiri dan bangkit kembali. Usah menangguk di air yang keruh, semua dari kita ada peranan dan sumbangan.

3.Hisham tidak bercakap di dalam Parlimen dan tidak bersuara?

  • Hisham banyak memberikan tumpuan mengkritik dasar pertahanan Negara.
  • Kritikan beliau tidak mendapat sebarang respons dari YB Menteri Pertahanan dan Kementerian Pendidikan kerana mereka tahu bahawa apa yang diucapkan dan dipersoalkan adalah benar.
  • Jika betul dan benar Hisham tiada fungsi di Parlimen, siapa MP-MP lain yang menyuarakan berkaitan hal pertahanan negara di dalam Parlimen?
  • Persoalan-persoalan yang diajukan semasa Hisham di Parlimen boleh rujuk di laman sosial beliau & laman akhbar.
  • Sumbangan di dalam Parlimen bukan hanya dilihat berbahas dan mencelah sewaktu sidang, tetapi terus konsisten menyuarakan perihal penting berkaitan negara melalui segenap medium.
  • Tohmahan ini hanya bersifat jahat, hanya untuk terus melemahkan dan mencalarkan imej Hisham.
  • Jika betul nak tengok siapa berbahas atau tidak, nilailah semua MP yang ada bukan Hisham seorang sahaja.

4.Hisham tidak menyumbang sewaktu PRK?

  • Hisham dilihat membantu PRK, melalui gerak kerja beliau laksanakan. Di Cameron Highlands, beliau membantu melalui rangkaian Barisan Nasional. Dalam ketika BN masih mencari-cari formula untuk terus perkukuhkan kerjasama, beliau merapatkan barisan dan memberi keyakinan kepada MIC dan MCA untuk terus bekerjasama memberi sokongan kepada YB Ramli. Beliau sendiri turun berkempen, rumah ke rumah, ceramah-ceramah kecil dalam kalangan jentera. Iyalah dah xd jawatan nanti buat lebih orang mengata lagi. Jadi dia buatlah melalui kekuatan yang dia ada.
  • Di PRK Semenyih, Hisham diberi peranan sebagai bapa angkat kepada PDM Kantan Permai. Semenjak PDM tersebut di bawah Parlimen Kajang, kemudian persempadan semula ke Parlimen Kuala Langat, PDM tersebut tidak pernah menang. Hisham memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk memastikan PDM tersebut menang, turut kempen bersama YB DS Shahidan Kassim sebagai saksi, kerjasama UMNO-PAS turut diraikan Hisham menyokong tindakan kepimpinan Pusat dalam agenda perpaduan Ummah. Berkat usahama semua pihak PDM Kantan Permai menang buat pertama kali!
  • Di Dun Rantau, Hisham sendiri bertemu TokMat menyatakan dia akan beri sokongan kepada gerak kerja Pengundi India dan melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di PDM Kuala Sawah & Kg. Sega. Mengikut saranan yang diberikan adalah lebih baik gerak kerja bertumpu kepada house to house, personal mengundi Hisham akur dan lakukan perkara tersebut asalkan ia menepati cara orang Rantau dan dapat memenangkan Tokmat. Adakah ini juga dilihat mengkhianati parti?

Cukup-cukuplah memberi tanggapan yang tidak baik dan cuba melaga-lagakan ahli parti dan pemimpin. Dalam keadaan yang tidak seberapa, kekuatan yang semakin luntur sewajarnya kita berganding bahu melengkapi antara satu sama lain. Bukan membunuh dan menconteng arang sesama sendiri. Ini bukan masanya. Jika ada yang tidak bersetuju, bersemukalah dan bincang untuk kebaikan dan manfaat yang lebih besar. Bukan soal siapa jaguh, siapa pahlawan soalnya adalah siapa berjiwa besar untuk menerima setiap kekurangan yang ada, digarapkan sebagai kekuatan bersama demi UMNO.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong – Hafiz Ariffin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: