3 Bukti Pendapat Tun Dr. Mahathir Salah

1. Entri terbaharu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam laman blog peribadi beliau sekali lagi mengundang kontroversi. Tanda tanya juga timbul apabila kali ini beliau memilih untuk menggunakan saluran blog peribadi, dan bukan saluran rasmi kerajaan untuk menyatakan pandangan beliau.

2. Terdapat 3 dalil untuk menyangkal pendapat Tun Mahathir, khususnya mengenai perenggan ke-13 entri tersebut.

3. Pertama, Malaysia dibentuk atas konsep Federalisme (fahaman Persekutuan). Ianya termaktub dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan. Atas konsep Federalisme inilah terdapatnya sistem dwi-kerajaan (dual government) yang mengiktiraf kewujudan kerajaan pusat di peringkat persekutuan, dan juga kewujudan kerajaan-kerajaan negeri bagi setiap negeri dalam Persekutuan. Konsep Federalisme ini juga menyatakan dengan jelas pembahagian kuasa (demarcation of powers) antara kerajaan pusat dan negeri iaitu Senarai Perundangan, seperti yang terdapat Jadual Ke-Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

4. Kedua, Jadual Ke-Lapan Perlembagaan Persekutuan pula menjamin hak Raja dan Perlembagaan Negeri. Artikel 71 (1) dengan jelas menyatakan Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri bagi setiap negeri yang membentuk Persekutuan.

5. Ketiga, Artikel 181 (1) pula menyentuh mengenai Kedaulatan Raja-Raja yang mengabsahkan Perlembagaan Persekutuan. Kedaulatan Raja-Raja Melayu termaktub dalam Perkara 181 (1) iaitu kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

6. Dengan jelas, ketiga-tiga fakta berdasarkan perkara-perkara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ini membuktikan kali ini Tun Mahathir telah silap.

7. Beliau sebenarnya terbawa-bawa (carried away) dengan ego dan persengketaan berpanjangan beliau dengan pihak Istana Johor mengenai beberapa isu, khususnya yang terbaharu mengenai pelantikan Menteri Besar serta rombakan barisan Exco Johor.

8. Sewajarnya beliau memberikan fokus dan lebih tumpuan kepada isu utama yang membelenggu negara pada hari ini, iaitu usaha-usaha untuk memulihkan keadaan ekonomi negara yang kian mundur. Daripada beliau sibuk menggunakan isu ini untuk meraih simpati rakyat, akibat kegagalan pentadbiran beliau menguruskan ekonomi negara.

Noor Azleen Ambros

Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang

25 April 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: