Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia mencecah sebanyak RM202,716,775.10.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan bahawa kementerian kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.
Jumlah sumbangan ini dikatakan akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan.
Beliau menyatakan bahawa pengurusan Tabung Harapan dibuat secara teratur dan berintegriti, satu Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir akan memutuskan penggunaan wang ini mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Akaun Tabung Harapan Malaysia (Trust Deed).
Namun, selepas 14 Januari tersebut, tidak ada kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan tentang status terkini wang tersebut.
Adakah wang tersebut telah diaudit dan dilakukan pembayaran terhadap hutang negara? Di mana buktinya? Apakah jaminan kerajaan ianya benar-benar digunakan untuk membayar hutang negara?
Justeru, Lim Guan Eng dan Kerajaan Malaysia perlu menjawab perkara ini. Rakyat berhak tau kerana itu sumbangan dari rakyat.
Jangan lari sila Jawab!
MOHD HAIRI MAD SHAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
24 APRIL 2019
Leave a Reply