
24 April 2019, Kg Parit Amil, Yong Peng
Amat besar ertinya pertemuan kali ini, Penyatuan Ummah sedang berlaku di dalam parlimen Ayer Hitam. Kita harus fokus kepada persamaan di antara kita untuk terus memperkasakan Penyatuan Ummah di dalam parlimen Ayer Hitam.
9 Mei yang lalu, telah menghentikan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 6 dekad dan selama itulah BN telah memajukan orang-orang Melayu. Perkara ini tidak boleh dinafikan, terutama dalam soal “SOLUSI EKONOMI ORANG MELAYU.
Kenapa takut sangat dengan “Penyatuan Ummah” ?
Tidak akan ada kompromi jika hak Melayu & Islam diduga dalam era ini, dengan ancaman-ancaman yang berlaku kepada orang Melayu & Islam. Yang menang memerintah, yang kalah diperintah.
2/3 orang Melayu dalam Malaysia mengundi UMNO/PAS. Mereka tidak mengundi Pakatan Harapan. Kita harus yakin bahawa kita telah berlaku adil kepada semua pihak, kita tidak mengambil hak orang lain, kita hanya mempertahakan hak kita yang ada.
Benar kita kalah tetapi ada hikmahnya. Hikmahnya adalah berlaku penyatuan ummah antara kita, tidak ada alasan lain selain kita harus bersatu.
Jadikan Kampung Parit Amil ini sebagai contoh “Penyatuan Ummah” di dalam parlimen Ayer Hitam ini. Ayuh kita bina lebih banyak jambatan antara kita, jangan kita bina tembok di antara kita.
•
Sedutan ucapan YB Datuk Samsolbari Jamali (Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor) dalam “Ceramah Penyatuan Ummah” di Parit Amil, Yong Peng malam tadi.
Turut bersama berceramah adalah YBhg. En Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil (Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat) & dihadiri Tuan Haji Alliar@Alias Bin A.Bakar (YDP PAS Parlimen Ayer Hitam). Alhamdulillah, kehadiran yang sangat menggalakkan daripada masyarakat tempatan.
Leave a Reply