Siapa nasihati Tun M?

KUALA LUMPUR 24 April – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mempersoalkan siapa yang memberi nasihat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga Perdana Menteri menyatakan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal hanya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Naib Ketuanya, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, Dr. Mahathir dalam hal ini jangan lupa bahawa Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kepada kewujudan dan kuasa sah perlembagaan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau yang juga seorang peguam turut mengingatkan Perdana Menteri kepada dua perkara lagi yang disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa sah negeri.

“Lupakah Tun Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan mengatakan, kecuali bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak raja sebagai Ketua Agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu?

“Lupakah Tun bahawa Perkara 181 Perlembagaan menjamin kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa raja-raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, menghormati Dr. Mahathir adalah santunan rakyat kepada Perdana Menteri keempat dan ketujuh bagi Malaysia tapi janganlah menjadikan setiap kenyataan beliau yang dilihat ‘mudah lupa’ memungkinkan rakyat hilang rasa hormat.

“Tun dah kenapa Tun? Mudah lupa?,” ujarnya.

Dr. Mahathir hari ini dalam laman blog beliau membangkitkan Undang-Undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk pada 1957.

Perdana Menteri menerusi catatan dalam chedet.cc turut menjelaskan secara ringkas mengenai pembentukan Perlembagaan tersebut serta kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: