26.4.2019 : Tiara Desaru Sea View Desaru, Pengerang.
Hari ini apa sahaja yang kita mahu lakukan mestilah akhirnya mahu menguatkan parti, juga langkah-langkah. memperkasakan parti, ketika pemuda berada dalam suasana yang cukup mencabar & berbeza.
Pemuda harus di lihat sebagai “Benteng” kepada parti, rakyat & negara.
Kita harus sentiasa bergelumang dengan ahli-ahli parti di bawah, gunakan “SENTUHAN PEMUDA” iaitu soft element, jangan kita lupa dengan sentuhan tradisi kita, jangan hanya kita menggunakan media sosial sahaja, seperti infografik, video dan sebagainya.
Hari ini kita berdepan dengan suasana yang berbeza, apabila kita bercakap tentang tabung haji ke, statut rom ke?, kertas felda putih ke? , tapi itulah kerajaan yang ada pada hari ini.
Mereka hanya sering menyalahkan UMNO dari semua arah, tetapi mereka lupa bahawa kesilapan-kesilapan itu yang membuatkan UMNO semakin kuat hari ini.
UMNO harus terus bergerak, membuat persiapan daripada sekarang, terutama pemuda yang merupakan tunjang kuat kepada parti.
Pemuda harus bersuara, mempertahankan segala dasar-dasar yang kita telah bina sebelum ini & undang-undang tubuh kerajaan negeri johor.
#PemudaBangkit
Sedutan Ucapan Perasmian Datuk ir. Haji Hasni Mohammad (Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor) di Retreat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor yang bertempat di Tiara Desaru Sea View Desaru,Pengerang.
Leave a Reply