KOTA TINGGI 27 April – Semalam telah berlangsungnya Program Siri Jelajah Menentang Statut Rom : Mempertahankan Sistem Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan yang telah diadakan di Dataran Pejabat UMNO Bahagian Kota Tinggi.
Program yang dianjurkan oleh Gerakan Penyatuan Ummah Johor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sekitar penduduk Kota Tinggi, Pengerang dan Tenggara. Kehadiran orang ramai dianggarkan seramai 1300 orang dan telah memenuhi segenap ruang Dataran Pejabat UMNO Bahagian Kota Tinggi.
Penganjur telah membariskan para panel-panel penceramah yang hebat antaranya ialah YB Dato Sri Mahadzir Khalid (Naib Presiden UMNO), Ybhg Dato Lokman Nor Adam(Ahli MT UMNO), Ybhg En. Muszaidi Makmor (Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi), Ybhg Ustaz Kamarudin Sidek (Pesuruhjaya PAS Melaka) dan Ybhg En. Azmi Hj Abu (YDP PAS Kota Tinggi).
Program yang berlangsung hampir 3 jam ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Halimah Mohamed Sadique (Ahli Parlimen Kota Tinggi), YB Datuk Seri Azalina Othman Said (Ketua Bahagian UMNO Pengerang merangkap Ahli Parlimen Pengerang), YB Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (ADUN Penawar), YB Syed Sis A.Rahman (ADUN Tanjung Surat), YB Rashidah Ismail (ADUN Pasir Raja), dan Ybhg Hajah Asiah Md Ariff (Ketua Wanita UMNO Johor).
Program ini turut dijayakan dengan penglibatan jawatankuasa UMNO dan PAS dari Kota Tinggi, Pengerang dan Tenggara. Ini sekali lagi membuktikan bahawa hubungan kerjasama UMNO-PAS di Johor menunjukkan sesuatu yang positif. -UMNO Johor Official
#UMNOJohorOfficial
#Amaldanusaha
#MadeinJohor
#DisinilahirnyaUMNO
Leave a Reply