27.4.2019 : Tiara Desaru Sea View, Pengerang
4 Perkara pokok, dasar & utama.
Pertama, saya amat bimbang tentang masa depan UMNO, kerana kita masih berada pada takuk yang lama, kita harus keluar dari “denial sindrom” iaitu sindrom penafian supaya kita dapat menjadi pembangkang yang berwibawa, isu yang terdapat pada Pakatan Harapan sangat banyak tetapi kita seakan wujudnya tidak segan, mati tidak mahu.
Kita tidak boleh lagi hanya menjadi suara kecil, kita harus bersuara & menjadi jurucakap kepada bangsa, rakyat sangat memerlukan pembelaan.
Kedua, memulih, merawat & memperkasakan semula UMNO adalah tanggunjawab pada orang muda, terutamanya pemuda UMNO.
Jika tidak berjuang, hanya berdiam diri & memerhati parti ini akan mati, perjuangan menuntut “AMAL & BAKTI”, berjuang tidak bermusim, kerana UMNO ini sangat ketandusan pemuda pemudi yang berani, semua perjuangan ini adalah untuk menuntut redha Allah Swt demi agama, bangsa & tanah air.
Ketiga, setiap perjuangan harus selari dengan ideologi UMNO, kekalahan yang lepas , salah satu sebabnya adalah kerana meninggalkan ideologi parti, kerana terjelmanya kekuatan UMNO itu, kerana kita menjadi pembela WATAN.
UMNO mesti diterjemahkan sesuai dengan “ZAMAN, MASA & KEADAAN”, kerana perjuangan melayu dan islam memerlukan pemikiran dan kecerdasan, maka saya gelarkan ia dengan nama “The New Malay Nationalism”
Yang terakhir, kita harus bersandarkan kesedaran kebangsaan dan globalisasi yang meluas, contohnya seperti perjuangan orang melayu terhadap “BAHASA MELAYU”, “MEMAJUKAN EKONOMI” dan “MEMAJMUKAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA”
maka, Inilah semangat sebenar Nasionalisme Baru Melayu. Semangat kebangsaan yang rasional dan terpandu dengan pedoman wahyu.
Maka perjuangkanlah nasionalisme baru ini !
Dato’ Sri Haji Mohamed Khaled Nordin (Naib Presiden UMNO Malaysia & Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang) di Retreat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor yang bertempat di Tiara Desaru Sea View, Pengerang.
Leave a Reply