
DESARU, 28 April 2019 – Memetik kepada kenyataan Facebook Tan Sri Sharir Abdul Samad, beliau telah menzahirkan rasa terima kasih kepada Pemuda UMNO Johor di atas peluang serta penghormatan kepada beliau untuk membicarakan isu politik semasa dan sesi pertukaran pendapat di permukiman (retreat) yang diadakan di Desaru pada 26 hingga 28 April 2019.
Beliau yang juga selaku Ketua UMNO
Bahagian Johor Bahru turut berkesempatan menghadiahkan lima buah naskah buku “Jangan
Selewengkan Ekonomi Malaysia” penerbitan The Patriots kepada Pemuda UMNO
Johor supaya pemimpin-pemimpin muda Johor sentiasa terbuka kepada pandangan dan
pemikiran yang berasaskan kepada fakta dan realiti ekonomi.
Tan Sri yang turut disenangi dengan panggilan Tok Uban turut memuji tindakan Pemuda UMNO Johor yang berjaya membawa penulis-penulis rencana buku “Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia” ke program permukiman tersebut. Dalam penulisan Facebook tersebut, beliau telah menegaskan bahawa generasi muda UMNO telah membuktikan mereka sentiasa di hadapan. Pada masa yang sama, beliau turut berkata bahawa Pemuda UMNO Johor lebih cepat menerima realiti kedudukan UMNO sebagai sebuah parti pembangkang.
“…UMNO dalam keadaan luar biasa dan apabila begitu cepat generasi muda dalam menyesuaikan pemikiran dan pertimbangan mereka dalam tempoh ini, lagi pendeklah tempoh transisi ini. Cepat juga terbukti penyesuaian pemikiran ini dengan Pemuda UMNO menolak penyertaan UMNO dalam kerajaan melalui “pintu belakang” dan sebaliknya menjadi pembangkang beribawa…”
“…Pemuda UMNO telah membuktikan anggapan
lama terhadap pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang berbudaya mewah dengan
berkereta besar dan kononnya berkepentingan diri telah sekali gus meleset di
PRK Cameron Highlands. Kesediaan pemimpin-pemimoin Pemuda untuk berkampung
dalam hutan untuk bersama dengan masyarakat orang Asli begitu jauh dari
anggapan lama terhadap semangat juang generasi muda UMNO..”
Dalam penulisan Facebook beliau turut mengingatkan bahawa kejayaan UMNO dan BN
di PRK Semenyih dan Rantau juga membuktikan kelemahan pemimpin-pemimpin muda PH
untuk menarik sokongan pengundi-pengundi muda, walaupun mereka berjawatan
menteri dan wakil rakyat. Maka Pemuda UMNO berjaya mengangkat parti keluar dari
prasangka dan anggapan lama. Perkara ini jelas dikukuhkan dengan hasil bancian Merdeka Centre yang menunjukkan tahap
kepercayaan rakyat kepada kerajaan PH pada akhir suku pertama 2019 telah
merudum ke paras 39%. Hanya Perdana Menteri PH yang mendapat kepercayaan lebih
tinggi dari itu, itupun pada tahap 46%.
Pemuda UMNO tidak ketinggalan dalam gerakan penyatuan ummah bersama PAS.
Adakalanya, Pemuda UMNO lebih ke depan dari badan induk. Kerana fahaman politik,
UMNO berada dalam “kotak pemikiran” berasaskan Perlembagaan Malaysia,
dimana kepentingan ummah merangkumi kedudukan Raja-raja Melayu, Orang Melayu
dan Islam sebagai agama persekutuan, penyatuan ummah adalah satu wadah
semulajadi bagi UMNO. Hati orang muda Melayu, sebahagian besar mereka juga
berteraskan kepada nilai-nilai yang sama. Maka Pemuda UMNO haruslah bersama
menguatkan gerakan penyatuan ummah bersama PAS dan NGO-NGO yang seiringan
perjuangan itu. Pada masa yang sama, beliau turut menyimpulkan bahawa gerakan
penyatuan ummah yang menghasilkan bantahan terbesar dan beradap terhadap ICERD
dan kejayaan mengembalikan sokongan pengundi muda di tiga PRK berturut-turut
sudah meletakkan Pemuda UMNO ditahap yang lebih tinggi dari golongan muda
PKR-PPBM-PAN-DAP walaupun PH pemerintah hari ini. Ini membuktikan UMNO dan PAS
telah menguasai arus politk negara.
Beliau yang
telah berpengalaman dalam arena politik telah
menyarankan kepada Pemuda UMNO supaya tidak perlu bimbang untuk bergerak sebagai
“parti dalam parti” dengan pendapat tersendiri, mahupun berbeza dari
kepimpinan badan induk. Teruskanlah dengan kebijaksanaan dan kematangan
generasi muda.
“…Saya juga sarankan agar permukiman Pemuda UMNO Johor dapat mula melakarkan garisan suatu Manifesto Orang Muda supaya arus perdana politik negara terus dikuasai oleh Pemuda UMNO…”
Di akhir penulisan, beliau menegaskan UMNO tidak boleh hanya bersandarkan kepada
undi protes rakyat yang kehilangan kepercayaan terhadap PH tetapi harus
berwibawa membawa cadangan-cadangan munasabah bagi mengatasi masalah rakyat dan
bagi Pemuda UMNO, masalah dan kepentingan generasi muda negara menjadi
tanggungjawab wajib bagi mereka.
Dipetik dan diubahsuai daripada FB Shahrir Samad – Tok Uban : https://www.facebook.com/1909073655805515/posts/2262141920498685/
Leave a Reply