PERKUKUH PENYATUAN UMMAH DAN RAMPAS KEMBALI JOHOR – HASNI MOHAMMAD

KOTA MASAI, 28 April 2019 – Semalam telah berlangsungnya Ceramah Perdana Himpunan Perpaduan Ummah peringkat Parlimen Tebrau. Program yang telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Tebrau ini telah berlangsung pada jam 8.30 malam di Tapak Perkarangan Taman Kota Masai.

Program yang telah membariskan panel yang hebat telah dihadiri hampir seramai 400 orang. Antara barisan panel penceramah ialah Dato’ Maulizan Bujang (Ketua UMNO Bahagian Tebrau), YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor), Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), YBhg Ustaz Abdullah Hussin (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), dan YBhg Dr Mazri Yahya (Timb. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor 1).

Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Mohd Hairi Md Shah (Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor) & barisan kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Johor, serta jawatankuasa UMNO dan PAS Parlimen Tebrau.

Ceramah tersebut telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dato’ Maulizan Bujang. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa macam-macam perkara yang telah berlaku, sudah menjadi kebimbangan kepada rakyat khususnya dan beliau berharap moga-moga Perpaduan Ummah ini akan terus berlaku di dalam Parlimen Tebrau.

Dalam ceramah seterusnya, YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad menjelaskan bahawa Penyatuan Ummah ini sangat disambut baik oleh rakyat. Tambah beliau, ramai orang Melayu yang merasakan hak mereka telah dicabar dan ini menyebabkan orang Melayu mula berhimpun untuk menunjukkan bantahan seperti himpunan ICERD & STATUT ROM.

Pada masa yang sama, Hasni yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor turut menegaskan bahawa kita sebagai rakyat perlu membuat bantahan apabila Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir mengatakan “Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor” terbatal atau adakah terbatal kerana Menteri Besar Johor tidak mendengar kata, ujar beliau.

Beliau turut mengingatkan para hadirin bahawa tidak ada satu pun dasar yang telah dibuat untuk menjaga orang Melayu oleh kerajaan pada hari ini. Mereka (kerajaan) dilihat tidak berani (menjaga hak Orang Melayu) dan kekuatan yang kita (pembangkang) ada ini, akan kita kuatkan melalui Penyatuan Ummah dalam negeri Johor ini untuk rakyat. Ujar beliau lagi, kita perlu melihat jauh kehadapan, UMNO & PAS akan terus memperkukuhkan parti dan seterusnya akan merampas kembali Negeri Johor ini.

Sementara itu, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapannya menyatakan bahawa mereka (Pakatan Harapan) mencipta mitos, segala kesalahan yang dulu semuanya salah kerajaan BN dahulu. Mereka mempergunakan ulama untuk memberi dalil untuk menghalalkan dasar-dasar u-turn.

Dalam ceramah tersebut, beliau turut menyentuh penyelewangan yang sering dibangkitkan oleh kerajaan pada hari ini. Kalau betul berlaku penyelewengan di dalam Tabung Haji, wujudkanlah RCI (Suruhanjaya Diraja), RCI ini juga manifesto PH dahulu, tapi kini mereka jual aset-aset Tabung Haji, termasuk hotel-hotel Tabung Haji, ujar beliau lagi.

Jelas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu lagi, penyatuan umat Islam pada masa ini menunjukkan petanda positif termasuk dalam usaha memenangi PRU yang akan datang. Menurutnya lagi, penyatuan ummah khususnya antara UMNO dan PAS tidak akan menjejaskan orang bukan Islam yang akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

#UMNOPAS #PerpaduanUmmah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: