Di Mana Wakil Rakyat Tempatan ?

30 April 2019 : Hati siapa yang tidak tersentuh apabila melihat sekeluarga bersama anak-anak yang masih kecil diarah keluar meninggalkan tempat berteduh mereka.

Encik Mohd Zin yang menetap di sebuah PPR di Pasir Gudang, Johor telah menerima Notis Menyita Premis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bertarikh 14 April 2019 dan diarah keluar serta-merta.

Melihat keadaan ini, saya telah mengarahkan Sdr Tan Tuan Peng, Pengerusi MCA Bahagian Pasir Gudang bersama-sama dengan ahli-ahli MCA dan penduduk di kawasan terbabit melancarkan derma kilat bagi mengumpul dana menyelesaikan masalah yang dihadapi Encik Mohd Zin.

Selain menyelesaikan tunggakan bayaran sewa sebanyak RM6,900, mereka turut menampung sewa 6 bulan ke depan dengan jumlah keseluruhan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM7,500.

Sebenarnya, bukanlah soal jumlah sumbangan yang tidak seberapa ini yang mahu diperkatakan. Tetapi lebih kepada soal kebajikan dan sifat kemanusiaan.

Tambahan pula Ramadan akan tiba tidak lama lagi, hanya kurang seminggu dari sekarang. Selepas itu, Hari Raya Aidilfitri. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sinar dan keceriaan kepada keluarga malang ini khususnya anak-anak mereka.

Pembayaran sewa tambahan untuk 6 bulan akan datang itu juga bagi memberi ruang kepada wakil rakyat setempat untuk mengambil tindakan susulan sewajarnya. Sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi Encik Mohd Zin dan keluarga bagi tempoh jangka masa panjang. Diharapkan tidak lagi timbul isu-isu yang menyedihkan seperti ini.

Malang sekali jika kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan tidak menghiraukan permasalahan yang dihadapi rakyat secara menyeluruh. Takkan pemimpin-pemimpin besar PH di Johor tak boleh bersemuka dengan keluarga Mohd Zin untuk meluahkan rasa simpati dan buat sedikit kerja amal sekadar mana yang mampu?

Sepatutnya masalah yang dihadapi Encik Mohd Zin ini diselami dengan baik dan diselesaikan secara berhemah, bukannya dengan cara mengusir seperti ini.

Benar, keluarga ini bermasalah. Encik Mohd Zin sebelum ini pernah bekerja di Singapura tetapi selepas ditimpa kemalangan, beliau tidak lagi boleh bekerja. Janganlah kerana ibu bapa tak bayar sewa, anak-anak kecil pula menerima padahnya?

Setidak-tidaknya, kasihanilah pada 3 orang anak Mohd Zin yang masih bersekolah ini.

Lebih mengecewakan, di mana peranan YB wakil rakyat tempatan? Sedangkan sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan bin Abdul Karim dari PKR!

Ini belum mengambilkira peruntukan yang diberikan kepada YB Liow Cai Tung ADUN Johor Jaya (DAP) merangkap Exco Kerajaan Johor yang portfolionya ialah pembangunan wanita dan pelancongan. Sedia maklum YB Liow ada 2 peruntukan iaitu peruntukan ADUN dan peruntukan khas Exco.

Isu ini pernah dilaporkan media sebelum ini. 
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1249877968513038/

Adakah wakil rakyat ADUN dan Ahli Parlimen kawasan tersebut tidak tahu perkara ini? Atau kedua-dua YB telah menang dengan majoriti yang sangat besar, maka tak perlu bersusah payah membela nasib orang miskin?

Dalam perkembangan sama, aktiviti gotong-rotong seperti membersihkan rumah, mengecat dan menyediakan beberapa keperluan asas khususnya makanan akan dihulurkan kepada keluarga ini pada 1 Mei 2019. Ia dianjurkan bersama MCA, Gerakan Belia 4B dan UMNO di kawasan tersebut.

Sumber Facebook – Wee Ka Siong

#DemiRakyat
#MCABelaNasibSemuaKaum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: