KLUANG, 1 Mei 2019 –
Alhamdulillah. Tahniah UMNO Kluang, terus berbakti !
Antara inisiatif UMNO Bahagian Kluang sempena menjelang tiba bulan Ramadan iaitu dengan mengadakan Program Sentuhan Ramadhan pada hari ini (1 Mei 2019)
Selain menziarahi penduduk setempat, kepimpinan UMNO Kluang yang diketuai oleh Datuk Md Jais Sarday juga telah mengagihkan sumbangan kepada 200 orang susah dan fakir miskin di sekitar Kluang.
Program ini adalah hasil sumbangan ahli dan pimpinan UMNO di peringkat cawangan serta bahagian Kluang. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang menerimanya. Terima kasih kepada yang bersedekah, mudah-mudahan kerja yang baik ini diterima Allah serta ditolongi olehNya jua.
#UMNOTERUSBERBAKTI
Sumber Facebook Gambar – Md Jais Sarday
Leave a Reply