UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR 1895 SAH, Kata Dr Shamrahayu

JOHOR BAHRU – Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 masih sah dan terpakai sebagai sistem pentadbiran negeri itu, kata Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Katanya, secara evolusinya Perlembagaan Negeri Johor 1895 juga kekal sehingga ke hari ini dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang Johor dimasyhurkan pada 1895 dan perkara asal di dalamnya kekal sebagai Perlembagaan Negeri Johor.

Undang-Undang Negeri Johor

“Kemudian berlaku penambahan apabila negeri itu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,” katanya pada Ceramah Perlembagaan ‘Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor: Sah atau Terbatal?’ di Johor Bahru, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Katanya, pada 1959 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 sekali lagi melalui penambahan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dr Shamrahayu bersama pemimpin-pemimpin UMNO Johor yang hadir ke ceramah perlembagaan berkenaan di Johor Bahru malam tadi.

“Perlembagaan 1959 itu adalah penambahan dari Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang dimasukkan ke dalam perlembagaan negeri.

“Jadi apa yang Johor ada sekarang ialah Perlembagaan Negeri 1895 ditambah dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang dimasukkan menjadi Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, sekali gus menjadikan Johor sebahagian daripada negeri-neri persekutuan,” katanya.

Atas sebab itu, beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 terbahagi kepada tiga bahagian.

“Bahagian Pertama perkara asal dalam Perlembagaan Negeri Johor itu sendiri manakala Bahagian Kedua penambahan daripada Perlembagaan Persekutuan dan Bahagian Ketiga pula hal-hal berkaitan dengan negeri termasuk keistimewaan Melayu,” katanya. – Sinar Harian

Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/26115/EDISI/Johor/Undang-Undang-Tubuh-Kerajaan-Johor-1895-sah-kata-Dr-Shamrahayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: