3 Mei 2019 – “Anak muda harus menjadi pemangkin untuk bangkit, tuntut janji-janji PH”. Itulah antara kata-kata yang dilontarkan oleh Sdr. Muhd Farhan Khairuddin (Exco Pemuda UMNO Malaysia) khusus untuk anak-anak muda yang hadir di program Sembang Santai Anak Muda Dan Masyarakat Layang-layang di Kampung SC Jaya Sepakat malam tadi.
Menurutnya, ramai anak-anak muda telah terpengaruh dengan janji-janji manis Pakatan Harapan semasa PRU lepas dan oleh itu, anak muda harus menuntut sehingga menunaikannya. Antaranya janji mengenai PTPTN, tol dan banyak lagi. Jika tidak ada usaha ke arah tersebut, maka mereka (PH) wajib ditolak pada pemilihan akan datang. Beliau turut mengingatkan supaya anak-anak muda tidak terpengaruh dengan ‘tarikan luaran’ ikon-ikon muda yang ditampilkan oleh PH terutamanya DAP, yang mana kita tidak tahu sejauh mana kualiti kepimpinannya.
Antara barisan penceramah yang turut mengisi slot program adalah:
1. Ybhg. Datuk Seri Razali Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia).
2. YB Datuk Seri Dr. Adham Baba (Ketua Penerangan UMNO Johor).
3. Ybhg. Ustaz Mutalib Hj Abd Rahim (Ketua Penerangan UMNO Simpang Renggam)
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua UMNO Simpang Renggam dan YBhg. Datuk Zakaria Dullah dan Tuan Hj. Elias (YDP PAS Simpang Renggam). Turut hadir mengacarakan program adalah Shahrol Azizie Azmi (Sharol Shiro).
Tahniah UMNO dan PAS Simpang Renggam !
#PenyatuanUmmah
Leave a Reply