Kenyataan Tun Daim Tentang Matrikulasi Adalah Satu Pandangan Yang Khilaf – MPJ

15 Mei 2019, Johor Bahru

Salam Muafakat Johor

Salam Dirgahayu TanahAirKu

Warkah Terbuka kepada Tun Daim mengenai Matrikulasi sudah tidak relevan serta menafikan hak Pendemokrasian Pendidikan Di Negara Ini.

Muafakat Pendidikan Johor atau MPJ yang merupakan sebagai satu gabungan warga pendidik berpandangan bahawa kenyataaan Tun Daim Zainuddin bahawa program matrikulasi sudah tidak relevan kerana matlamat untuk mengimbangi agihan kaum di universiti sudah tercapai adalah satu pandangan yang khilaf.

Program Matrikulasi adalah satu usaha untuk memberi dan mewujudkan keadilan sosial khasnya kepada aank-anak golongan Bumiputera dari golongan B40 yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM agar dapat bersaing dengan golongan pelajar yang lebih berkemampuan dari segi ekonomi dan prasarana pendidikan untuk mendapat tempat di universiti.

Menyentuh tentang soal agihan kaum di universiti, Tun Zaim seharusnya juga merujuk kepada soal agihan kaum di bandar dan di luar bandar yang masih tidak seimbang. Begitu juga dari segi agihan pendapatan isi keluarga di antara penduduk bandar dan luar bandar yang jauh berbeza. Sebagai warga pendidik, kami juga maklum akan ketidaksembangan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar yang ada kalanya amat ketara.

Memandangkan sebahagian besar golongan Bumiputera berada di kawasan luar bandar yang mana prasarana pendidikannya serba kekurangan, apakah keseimbangan agihan kaum di universiti masih boleh dipertahankan jika Program Matrikulasi dihentikan? Bagaimana pula dengan keadilan kepada pelajar Bumiputera di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak di mana latar sosioekonomi dan kemampuan kewangan keluarga yang begitu terhad jika mereka tidak dibantu?

Melihat dalam skala yang besar dan menyeluruh, kita tidak boleh mempertikaikan kepentingan Program Matrikulasi dalam menyeimbangi peluang pendidikan kepada anak-anak Bumiputera dan golongan B4 dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Malah Pogram Matrikulasi juga adalah satu intrumen penting ke arah mewujudkan pendemokrasian pendidikan di negara ini.

Dalam usaha untuk memajukan negara dan memastikan agihan ekonomi yang lebih adil dan seimbang kepada semua kaum, kerajaan mesti memastikan agar peluang pendidikan di beri kepada pelajar yang memerlukan agar dapat bersaing dengan pelajar yang lebih berkemampuan dari segi ekonomi. Jika peluang ini di tutup, jurang ekonomi di antara kaum akan menjadi bertambah buruk.

Muafakat Pendidikan Johor beranggapan kemungkinan Tun Dain terkhilaf dalam membuat kenyataan ini yang jelasnya tanpa merujuk kepada data dan kajian yang menyeluruh tentang permasalahan ini. MPJ juga berharap ini hanyalah kenyataan peribadi Tun Daim dan bukannya menggambarkan hasrat kerajaan Pakatan Harapan.

Yang Benar,

Mohd Ridhwan Haji Othman

(Presiden Muafakat Pendidikan Johor)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: