MUKHRIZ BIADAP, HILANG ETIKA SIFAT KEMELAYUAN – KETUA PEMUDA JOHOR

24 Mei 2019, Johor Bahru

Semalam adalah Majlis Penghormatan Terakhir dan Pengebumian Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang.

Ketibaan Raja-raja Melayu dan pembesar negara dan asing ke majlis tersebut adalah sebagai tanda hormat dan kasih sayang ditunjukkan kepada Paduka Ayahanda Tuanku yang disifatkan sebagai seorang Raja yang penuh dengan sifat kasih sayang.

Namun, disebalik ketenangan dan kesyahduan itu, Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah dilihat bertindak biadap dan hilang etika kemelayuannya apabila tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor.

Beliau kelihatan tidak bersalaman dengan baginda Sultan dan terus bersalaman dengan KDYMM Yang DiPertuan Agong dilihat seolah-olah tidak menghormati Sultan Johor.

Sikap yang ditunjukkan beliau ini adalah sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak. Apatah lagi beliau seorang Menteri Besar yang melakukan sedemikian rupa.

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menuntut agar Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada DYMM Sultan Johor atas tindakan beliau tersebut. Rakyat Johor sama sekali tidak dapat menerima budaya buruk seperti itu.

Dalam perkembangan sama , Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang juga Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari lalu.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang ketika berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

Sultan Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.

Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun.

Almarhum mempunyai lapan anakanda iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Datuk Muhaini, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah, Al-Sultan Abdullah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Tengku Datuk Shahariah dan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam.

Tujuh daripada lapan anakanda itu merupakan cahaya mata perkahwinan baginda dengan Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mangkat pada 29 Jun 1988.

Almarhum kemudiannya bertemu jodoh dengan Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991.

Banginda mangkat di IJN pada 22 Mei 2019 pada jam 8.50 malam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor merafak sembah ucapan Takziah kepada seluruh keluarga Kerabat Diraja Dan buat seluruh Rakyat Pahang diatas kemangkatan Baginda.

Al Fatihah.

*MOHD HAIRI MAD SHAH*

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

24 MEI 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: