JOHOR BAHRU, 25 Mei – Hampir 500 orang ahli UMNO seluruh Johor menyertai Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ). Majlis telah berlangsung di Dewan Utama Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini, hari ini.
Selain Pengerusi BPUNJ, YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua UMNO bahagian, pimpinan tertingi UMNO Bahagian dan ketua-ketua sayap pergerakan wanita, pemuda dan puteri.
Turut hadir dalam program ini ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YBhg. Ustaz Abdullah Husain dan kepimpinan PAS Negeri Johor serta NGO-NGO.
Tetamu mula hadir pada jam 3.30 petang dan majlis Tadarus al-Quran dimulakan selepas selesai solat Asar berjemaah.
Majlis tadarus dan khatam al-Quran dipimpin oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Mutalib Abdul Rahim, mantan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor yang juga merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Simpang Renggam.
Usai Tadarus dan Khatam al-Quran, semua tetamu kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan solat Isyak, Terawih dan Witir berjemaah.
Sebelum bersurai, tetamu dihidangkan dengan hidangan moreh sebagai pelengkap tradisi atau salah satu ciri amalan masyarakat Melayu Islam ketika Ramadhan.
Walaupun disambut secara sederhana, UMNO Johor masih meneruskan Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran yang menjadi acara tradisi setiap tahun sebagai menghayati bulan Ramadan.
#AmaldanUsaha #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorOfficial
Leave a Reply