
JOHOR BAHRU, 28 Mei – Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengecam tindakan YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru yang tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Gurdwara Sahib, Johor Bahru, Johor.
Kita sebagai bangsa Johor tidak lari dari bersikap toleransi dengan kemajmukan masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Pemuda Umno memahami hasrat YB Akmal untuk memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, namun tidak kena dengan caranya.
Dalam Islam Ramadan dianggap sebagai bulan suci, bulan Allah SWT. Apakah wajar pada bulan yang mulia ini umat Islam dibawa untuk berbuka puasa Gurdwara Sahib?
Banyak lagi tempat yang boleh beliau boleh adakan majlis sebegini seperti di Masjid, Surau, Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Orang Tua dan di Pusat Khidmat beliau sendiri.
Dan beliau boleh menjemput masyarakat berbilang kaum dan agama untuk berbuka puasa bersama, tiada masalah. Namun mengajak umat Islam berbuka puasa di rumah ibadah agama lain yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen beragama Islam adalah amat-amat tidak kena.
Apatah lagi ketika umat Islam berada pada 10 Ramadan terakhir.
Usaha memperkukuhkan dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta kepercayaan tidak wajar direalisasikan dengan perkara seperti ini.
Justeru, program yang dicadangkan diadakan pada petang ini dicadang untuk ditukar tempat penganjurannya. Saya berharap agar YB Akmal lebih cakna dan senstitif terhadap toleransi budaya dan agama sehingga tidak menjejaskan akidah sebagai seorang Muslim.
Selaku Ketua Pergerakan Pemuda Johor Bahru, saya berharap agar Jadual yang sepatutnya berlangsung ditukarkan atau di batalkan sahaja bagi menjaga nama baik Gurdwara Sahib, Johor Bahru.
MOHD HAIRI MAD SHAH
KETUA PERGERAKAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
Leave a Reply