31 Mei, Johor Bahru – YB Ramkarpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, sebelum ini telah mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor yang mengecam tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru berhubung Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Gurdwara Sahid tempoh hari.
Lantaran itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad telah menyatakan sokongan beliau terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor yang mengecam tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru itu.
Beliau menegaskan, berbuka puasa adalah sebahagian dari ibadah berpuasa, ia dituntut dalam agama. Tambahannya lagi, orang Islam boleh menjemput bukan Islam hadir jamuan semasa orang Islam berbuka puasa tetapi bukan sebaliknya. Itulah amalan kita.
#UMNOJohor #JohorTetapJadiJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha
Leave a Reply