DAPSY, KELIRU PENDIRIAN SENDIRI BERHUBUNG FUNGSI MATRIKULASI

1 Jun, Johor Bahru – Pertama, DAP mendakwa mereka ini orang politik yang jujur dan benar-benar mahu membela nasib orang susah tanpa mengikut kaum, agama dan wilayah. Tetapi, secara realitinya, lihatlah fakta dan statistik. Berapa ramaikah anak-anak orang Bumiputera yang masih tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara?

Bandingkan pula fakta dan statistik ini dengan bangsa yang lain. Terutamanya penyertaan dan akses Bumiputera kepada jurusan kritikal dan kemampuan untuk membiayai pengajian sedemikian. Lihat dan bandingkan. Saya yakin mereka ada fakta ini.

Kedua, DAPSY harus jujur dan terbuka untuk menerima hakikat. Bahawa intervensi seperti Matrikulasi dilakukan dengan cermat tanpa mengetepikan peluang kaum lain sama sekali. Ini kerana, jika ada calon dari komuniti Cina dan India yang cemerlang dan tidak berkemampuan dari segi ekonomi dan kewangan, bukankah mereka sebenarnya memang dibantu dan diberikan peluang yang selayaknya?.

Kewujudan dan peningkatan demi peningkatan kuota untuk masyarakat bukan Bumiputera di dalam Program Matrikulasi adalah bukti paling jelas. DAPSY sendiri tahu perkara ini.

Ketiga, saya tuntut DAPSY memberikan bukti yang benar dan konkrit, bukan cakap-cakap kosong atau hasutan politik, bahawa Program Matrikulasi di bawah Kerajaan Barisan Nasional hanya memberi manfaat kepada anak-anak kroni, elit dan kaya serta mereka yang mempunyai ‘kabel’.

Buktikan dengan data dan fakta. Jika tidak, apa beza nilai dan status sebuah parti politik yang kononnya jujur dan progresif, dengan mereka yang diupah berdemo dan memekik di jalanan tanpa sebarang fakta?

Keempat, jika benar isu Matrikulasi ini tidak dilihat dari kaca mata perkauman, DAPSY harus menunjukkan bahawa calon-calon yang diterima masuk ke Matrikulasi selama ini adalah mereka yang tidak layak (dari segi pencapaian asas akademik dan kedudukan sosial keluarga).

Tetapi mereka diterima masuk hanya kerana mereka Bumiputera.

Kelima, saya setuju agar pelajar STPM dan Matrikulasi diberikan persediaan untuk mendepani cabaran Revolusi Industri Ke-4 dalam konteks ekonomi global yang tidak menentu. Tidak ada siapa menafikan dan menyangkal keperluan seperti ini.

Yang terakhir, Keenam, saya melihat apa yang cuba didesak oleh DAPSY ini tidak ubah seperti satu jalan belakang untuk merendahkan Perlembagaan Persekutuan yang memberi ruang pengiktirafan kepada Bumiputera. Mereka mahu hapuskan peruntukan perlembagaan ini sebenarnya. Matrikulasi hanyalah isu yang ditunggang untuk menjustifikasikan keengganan mereka untuk benar-benar mengangkat Perlembagaan Persekutuan dan semangatnya. Jika DAPSY mahu memastikan, yang tidak wujud sebarang intervensi berasaskan kaum, saya cadangkan mereka usulkan terlebih dahulu pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: