BUBAR SPRM ATAU TUKAR LATHEEFA !

4 Jun, Johor Bahru – Pada hari akhir Ramdhan 2019 ini, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan Penasihat Undang-undang Parti Keadilan Rakyat yang juga Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Latheefa Beebi Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal. Iaitu sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Kenyataan sama mengumumkan bahawa pelantikan Latheefa sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan berkenaan turut disokong oleh Zuraida Kamaruddin dan Syed Saddiq Abdul Rahman melalui satu kenyataan lain.

Perkara ini telah menafikan dengan jelas Janji 14 (Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah), Janji 16 (Mengembalikan wibawa institusi Parlimen) Janji 19 (Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan), Janji 21 (Memperkasa perkhidmatan awam) dan Janji 26 (Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan),

Dalam Buku Harapan juga, Pakatan Harapan berjanji Jawatan-jawatan penting dalam negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia, mestilah disahkan oleh jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen. Ini akan mengurangkan kebolehan Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan-pelantikan penting tersebut.

Namun, apa yang terjadi pada pelantikan Latheefa Koya ini ? Kerajaan telah mengkhianati janji mereka, bukan sekali, bukan dua kali tetapi telah banyak kali. Mereka telah menipu janji-janji mereka sehingga menyebabkan rakyat memilih mereka pada PRU 14 lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengumumkan pelantikan dua ahli majlis pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) serta Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd. Peguam yang dikatakan rapat dengan Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut diumum sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu. Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan (Pengerusi PTPTN), Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli Lembaga Pengarah SKM), AJK Tertinggi Amanah, Mazlan Aliman (Pengerusi LPP), isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Janaidah Kiting, Azhar Harun yang juga aktivis PPBM dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat tanpa melalui perakuan Parlimen, dan ramai lagi.

Walaupun Pakatan Harapan melihat pelantikan tersebut perlu bagi menjamin kekuasaan mereka, tetapi ianya bertentangan dengan prinsip dasar yang mereka sendiri nyatakan dan ianya boleh menyebabkan pelbagai tafsiran dan kritikan sama ada di dalam atau di luar negara.

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menggesa Perdana Menteri untuk segera menarik semula pelantikan Latheefa Koya ini kerana ianya bermotifkan politik ataupun membubarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana ketua dalam kepimpinannya yang tidak berintegriti dan berat sebelah sudah pasti akan mendatangkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

MOHD AKMAL MELAN

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ISKANDAR PUTERI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: