TAMATKAN DRAMA TARIK TALI KES ADIB, SELESAIKAN SEGERA !

7 Jun, Johor Bahru – Negara dikejutkan apabila peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri dalam prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Sebelum itu, peguam negara telah mengemukakan beberapa sebab kenapa Syazlin tidak boleh mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam inkues ke atas kematian Muhammad Adib, antaranya konflik kepentingan kerana Syazlin juga mewakili keluarga Allahyarham. Ianya suatu yang mencurigakan kerana telah 35 sidang diadakan barulah peguam negara menyatakan sedemikian.

Lagi mencurigakan, apabila Perdana Menteri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Peguam Negara dilihat seakan sedang tarik tali terhadap perkara ini. Nampaknya mencetuskan persoalan kewujudan percaturan, konspirasi dalaman dan keadaan tidak selesa mana-mana pihak terhadap kesungguhan Syazlin yang mewakili Kerajaan dan keluarga Allahyarham.

Zuraida juga memaklumkan bahawa beliau masih menunggu tiga nama timbalan pendakwa raya (DPP) yang dicadangkan Jabatan Peguam Negara untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Bilakah kes ini mahu diselesaikan? Bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib 24. Zuraida Kamaruddin berkata beliau sendiri akan memilih seorang daripada mereka untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Adakah akan bertukar lagi peguam sekiranya peguam yang dipilih bertugas dengan cemerlang dan baik? Muhammad

Adib yang meninggal dunia 17 Disember 2018 lepas di IJN pada jam 9.41 malam perlukan pembelaan yang adil dan tegas. Janganlah ada campur mana-mana pihak terhadap perkara ini. Biarkanlah mahkamah meyelesaikan tugasnya.

Hanya keadilan Yang tinggal untuk Allahyarham Muhammad adib 24. kami merasakan Keluarga Allahyarham, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta seluruh rakyat Malaysia mahukan langkah lebih tegas, keadilan tanpa pilih kasih memandangkan telah 6 Bulan atau setengah tahun Dari Disember 2018 hingga Jun 2019 Masih tiada kenyataan petunjuk setakat mana keputusan kes pembelaan Allahyarham adib 24.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor dan Bahagian Tg Piai amat bersimpati kepada keluarga Arwahyaham Adib kerana pihak kerajaan masih mengambil sikap sambil lewa dan tiada sebarang penunjuk pihak kerajaan mengambil sikap amat serius dalam kes ini. Jangan lindungi sesiapa yang bersalah, pastikan kes kematian adib 24 pembelaan telus dan adil sebaik2nya mengikut undang-undang..

Sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin mendapatkan maklum balas kenyataan dari menteri yang bertanggungjawab memperjelaskan kepada Malaysia berkaitan isu ini.

SYAHRULZAMAN IBRAHIM

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TG PIAI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: