KOMEN TERHADAP SIDANG MEDIA DS SHUKRI BEKAS KETUA SPRM

9 Jun, Batu Pahat – Hampir 95% penonton memberikan komen negatif apabila sidang media Datuk Shukri di Hotel Everly Putrajaya semalam disiarkan secara “live” di fb.

Bahkan ada penonton yang mendakwa sidang media itu membosankan sama seperti sidang media pertama beliau ketika memulakan tugas boss SPRM dulu.

Memang membosankan kerana terlalu meleret sehinggakan detail perjalanan naik kapal terbang dari Pulau Pinang juga mahu di beritahu.

Sedangkan isu pokok yang mahu disampaikan ialah dia berhenti bukan kerana dipecat, mission completed dan dia berintegriti.

Menurut Shukri, syarat untuk memimpin SPRM ialah buat benda yang betul, buat dengan cara yang betul, bebas dan tanpa takut.

Shukri berbangga bahawa dalam tempoh setahun 30 VIP politik atau “big fish” telah didakwa.

Sedarkah Shukri bahawa rakyat tetap mempertikaikan SPRM kerana terlibat dengan “pendakwaan terpilih”.

Sebab itu ada penonton yang mahu wartawan bertanya apa jadi kepada kes rasuah Lim Guan Eng. SPRM sendiri terkejut berok apabila kes itu digugurkan. Kenapa tidak dirayu semula.

Dalam kes Datuk Latif Bandi bekas Exco Kerajaan Johor, Mahkamah memutuskan dia tidak bersalah dan dibebaskan. SPRM merayu dan bukan itu sahaja SPRM juga merayu keputusan Mahkamah yang melepaskan pembekuan aset dan akaun bank Latif Bandi.

Kenapa SPRM mahu “melucuthak” aset dan akaun Latif Bandi sedangkan Mahkamah sudah membebaskan beliau.

Sebab itu prinsip Shukri, “Do the right thing, do it right, independent dan without fear” dipertikaikan.

Kenapa beliau senyap tentang kebocoran kertas siasatan SPRM kes terowong yang melibatkan Lim Guan Eng? Apakah beliau melakukan perkara yang betul dan bebas dalam kes tersebut?

Apakah cover up berlaku. Apakah ada pegawai SPRM yang membocorkannya kerana tidak berpuas hati kerana tiada tindakan yang diambil. Sepatutnya Shukri menjelaskannya semasa sidang media tersebut

Sebab itu kenyataan Shukri bahawa “mission completed” amat meragukan. Misi beliau hanya untuk memastikan Najib didakwa di Mahkamah sedangkan kes Lim Guan Eng dibiarkan. Itu bukan “do the right thing dan mission completed” namanya.

Beliau juga bercakap tentang SPRM yang bebas. Tetapi amat menghairankan kerana Shukri bersetuju dengan perlantikan orang politik sebagai boss baru SPRM.

Dia sendiri mencadangkan dua nama kepada Tun sebagai penggantinya. Mereka adalah orang dalam kerana menurut Shukri mereka lebih faham budaya kerja SPRM. Maka ia memudahkan SPRM meneruskan misinya.

Nampak sangat Shukri tidak konsisten. Paling dangkal ialah apabila dia mengatakan hanya membuang masa kalau melalak untuk membantah perlantikan Latheefa.

Dari segi moral, prinsip, kebebasan dan intergriti dia sepatutnya lebih kedepan membantah perlantikan Latheefa

Apatah lagi banyak pihak mempersoalkan perlantikan tersebut termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan pemimpin politik dalam PH.

Memang menghairankan apakah Shukri melakukan “Do the right thing dan independent” dalam kes perlantikan Latheefa.

Apakah Shukri bercakap menggunakan hati nurani beliau. Atau sebenarnya memang dia takut walaupun dia kata jangan takut kalau mahu memimpin SPRM.

Sebenarnya ia menjejaskan intergiriti Shukri walaupun dia juga bercakap soal intergriti.

Shukri dikaitkan sebagai penyokong kuat PAS sejak sekian lama. Sepatutnya dalam sidang media itu Shukri menjelaskan apakah benar dakwaan bahawa dia tidak tahan tekanan Tun Mahathir supaya disiasat dan disabitkan PAS telah menerima RM90 Juta daripada UMNO.

Begitu juga dakwaan kononnya Ustaz Hadi melalui Ramli Musa Pengerusi KTMB (juga dikaitkan sebagai penyokong PAS) telah membuat bayaran sebanyak RM1.4 Juta kepada Rewcastle Brown dari Sarawak Report

Tujuannya untuk memecahbelahkan kerjasama UMNO-PAS dan perpaduan dalam PAS sendiri.

Sebab itu dua kali Shukri berjumpa Tun M untuk meyatakan hasrat berhenti daripada SPRM. Dia mengaku Tun M hanya mendiamkan diri dan tidak berkata ya atau tidak. Tidak ada pujukan daripada Tun M dan sebagainya.

Ia boleh disimpulkan Tun M memang suka Shukri meninggalkan SPRM kerana dia ada naratif politik dan game plan lain.

Tahu tahu Tun sudah lantik Latheefa dan tidak menerima pun cadangan dua nama yang dikemukakan oleh Shukri. Kenapa? Apakah Tun mahu meneruskan “Selective prosecution” terutamanya kepada PAS..

Justeru perletakan jawatan Shukri (Shukri kata memendekkan perkhidmatan) tetap menjadi tanda tanya.

Shukri kata kalau dia tidak berpegang kepada janji untuk memendekkan tempoh perkhidmatan kepada setahun seperti yang beliau janjikan kepada Tun M maka intergriti beliau dipersoalkan

Cetek sekali kefahaman Shukri mengenai intergriti. Tun M menangis apabila mengumumkan keputusannya untuk bersara setelah 22 tahun jadi PM tetapi datang balik jadi PM ke 7 walaupun kini menjadi lebih diktator.

Memendekkan tempoh berkhidmat bukan alasan kukuh mengenai intergiriti. Kita sangsi kerana Shukri sendiri mengaku dia menemui Tun M untuk memberi laluan kepada kawan baiknya Datuk Mustafar Ali yang tidak disambung kontraknya sebagai KP Imigresen untuk dilantik menjadi KP SPRM.

Justeru Shukri meninggalkan SPRM dengan lebih banyak tanda tanya mengenai kebebasan, keberkesanan dan intergriti SPRM.

Perlu juga ditanya kepada Shukri mana pertuduhan Najib telah mencuri wang 1MDB? Kalau RM2.6 Bilion, ia terbukti dana politik daripada Putera Arab. Kalau RM14.6 Bilion ia terbukti apabila AG mahu menuntutnya daripada IPIC di Mahkamah Dagang London.

Dengan 25 pertuduhan money laundering dan tiga pertuduhan tambahan maka apakah SPRM mengharapkan nasib, sekurang kurangnya satu mesti kena. Begitu juga 45 pertuduhan money laundering terhadap Zahid.

Justeru “mission completed” seperti dakwaan Shukri hanya betul kalau setakat bekas PM dan TPM berjaya dituduh dan diheret ke Mahkamah.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat

Datuk Dr. Haji. Mohd Puad Zarkashi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: