Rakyat terseksa, ramai hilang pekerjaan

11 JUN, KLUANG – Pemuda UMNO Malaysia akan terus memantau dan memainkan peranan menyampaikan suara hati rakyat yang terkesan dengan kegagalan kerajaan PH mentadbir ekonomi.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn berkata, bulan Ramadan lalu pemuda UMNO di seluruh negara telah melakukan pelbagai siri lawatan dan ziarah bagi menyelami keadaan rakyat.

“Kebanyakan mereka hilang pekerjaan atau terpaksa menerima potongan gaji untuk kekal bekerja.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng perlu tahu bahawa keadaan ini tidak langsung menggambarkan kedudukan ekonomi yang beliau sering banggakan,” katanya.

Menurutnya lagi, keadaan eksport dan import negara yang tidak mampan, jumlah pelaburan yang menurun, kemusnahan pasaran saham Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) turut menjadi punca ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Katanya, pengumuman duit raya RM300 kepada peneroka Felda juga sudah cukup menggambarkan bahawa kedudukan ekonomi di bawah pentadbiran PH telah gagal berbanding zaman pentadbiran BN peneroka Felda mendapat duit raya sebanyak RM780.

“Kerajaan jangan hukum peneroka-peneroka Felda kerana kegagalan mereka sendiri mentadbir ekonomi kerana peneroka ini membekalkan buah sawit kepada negara dan sekiranya harga komoditi ini turun, ini disebabkan usaha kerajaan untuk meningkatkan harga sawit telah gagal.

“Mereka (peneroka) hanya bergantung kepada pendapatan buah-buah sawit dan bukan tanggungjawab mereka untuk menentukan harga sawit kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat
Bastien Onn

Sumber – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: