“BOSSKU” Rasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Sayap UMNO Bahagian Parit Sulong

BATU PAHAT, 16 Jun – Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2019 Bahagian Parit Sulong telah berlangsung sangat meriah dengan dihadiri ramai perwakilan sayap-sayap, di Hotel Katerina petang tadi.

Terdahulu, mesyuarat perwakilan sayap-sayap telah berlangsung awal, sebelum dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu.

YB Dato’ Seri Mohd Najib atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Bossku’ tiba di Hotel Katerina sekitar jam 3 petang dan disambut oleh kepimpinan UMNO Johor, antaranya YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor merangkap ADUN Benut), YB Dato’ Zulkurnain Haji Kamisan (Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong merangkap ADUN Sri Medan), YB Dato’ Dr Noraini Ahmad (Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Parit Sulong), YBhg Pn. Hajjah Asiah Md Arif (Ketua Wanita UMNO Johor), dan Saudara Hairi Md Shah (Ketua Pemuda Johor).

Turut serta ialah Saudara Mohd Fareed Mohd Khalid (Naib Ketua Pemuda UMNO Johor merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong), Saudari Zalifah Othman (Ketua Puteri UMNO Parit Sulong), YBhg. Datuk Lokman Noor Adam (Ahli Majis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia), serta kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Parit Sulong. Turut menyerikan majlis adalah kepimpinan PAS Bahagian Parit Sulong.

Terdahulu, ”Bossku” telah meluangkan masa bersama masyarakat di Program Santai Raya Parlimen Parit Sulong di Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong.

Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini telah dimulakan dengan sesi bergambar pergerakan sayap UMNO Parit Sulong, nyanyian lagu, bacaan suci al-Quran oleh Imam Halimudin Samiran (AJK Pemuda UMNO Parit Sulong) dan bacaan doa oleh Haji Rosli Ikhsan (AJK Bahagian Parit Sulong).

Ucapan majlis perasmian telah dimulai dengan ucapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Parit Sulong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parit Sulong, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Parit Sulong, Ketua Bahagian UMNO Parit Sulong dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian oleh “Bossku”.

Alhamdulillah, Tahniah UMNO Parit Sulong !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: