Tommy Thomas Perlu Berundur – Ketua Pemuda Umno Johor

17 Jun, Johor Bahru – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong desakan dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar Tommy Thomas segera berundur sebagai Peguam Negara berasaskan 10 SEBAB yang dinyatakan.

(1) Pendedahan puan Syazlin Mansur bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai campur tangan Peguam Negara di dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Adib selain wujudnya afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara mendeposkan Allahyarham Adib tidak dipukul sedangkan prosiding inkues belum pun selesa, jelas menunjukkan betapa lemah dan kurang arifnya Tommy Thomas mengenai perjalanan inkues dan diragui kredibiliti beliau untuk menjalankan tanggungjawab secara bebas.

(2) Wujudnya pendakwaan terpilih dan pengguguran pendakwaan misalnya pengguguran sepenuhnya kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah, jelas membelakangi prinsip ‘rule of law’ dan integriti sebagai Peguam Negara.

(3) Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan Raja-raja Melayu.

(4) Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas jelas tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Malaysia berkenaan Statut Rom dengan melibatkan diri dalam wacana awam yang secara terbuka mengkritik keputusan kabinet dan memperlekehkan Raja-Raja Melayu.

(5) Kegagalan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menasihati Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud salah laku oleh enam ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga amat memalukan kerana akhirnya terbukti bersifat sia-sia dan tidak memberikan apa-apa kesan yang produktif malah berlakunya pembaziran masa serta sumber negara.

(6) Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas telah melantik peguam luar, Sitpah Selvaratnam bagi mengendalikan kes kapal mewah Equanimity dengan bayaran upah yuran guaman yang amat tinggi iaitu sebanyak RM2 juta sedangkan penghakiman di dalam kes tersebut hanyalah penghakiman ingkar (default judgement) dan tidak melibatkan sebarang proses perbicaraan. Dalam isu ini juga, Tommy Thomas didapati menipu kerana bertentangan dengan kenyataan awal beliau bahawa peguam luar dilantik tanpa sebarang bayaran atau Pro-bono.

(7) Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara menggugurkan sepenuhnya beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik negara tanpa alasan munasabah seperti kes penderaan yang menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia Adelina Jerima Sau dan juga kes yang melibatkan dua suspek warga Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan warga Korea Utara yang dipercayai sebagai Kim Jong Nam, abang kepada Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Tindakan ini sekali lagi membelakangi prinsip ‘rule of law’ dan kedaulatan undang-undang negara.

(8) Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) sekali lagi mencetuskan persepsi buruk terhadap kebebasan dan integriti Institusi Peguam Negara lantaran tularnya video tarian ‘twist’ Tommy Thomas dengan Siti Kassim tidak berapa lama sebelum kes itu digugurkan.

(9) Tularnya satu audio rakaman perbualan peguam Siti Kassim yang mendakwa beliau telah bercakap dengan Tommy Thomas berkenaan kes saman Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan berkaitan isu Orang Asli di Gua Musang yang difailkan setelah pengumuman tarikh Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menyerlahkan lagi akan wujudnya konspirasi dan hilangnya kredibiliti, integriti dan kebebasan Peguam Negara.

(10) Pengumuman keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia oleh Pengerusinya, Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan ramai pihak sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu perbincangan kementerian pendidikan dan merujuk kepada kabinet menimbulkan bantahan dan kritikan rakyat terhadap sikap dan pendirian Peguam Negara.

Pegum Negara perlulah seorang jujur, telus dan tidak bersikap berat sebelah. Peguam Negara juga perlu bebas dan tidak ada kepentingan peribadi atau sesuatu kelompok kumpulan. Ianya sudahpasti menjejaskan kredebiliti seseorang Peguam. Negara tidak memerlukan seorang peguam yang berselindung serta membelakangkan undang-undang Negara.

Sekiranya Kerajaan Malaysia Baharu ini berpegang kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, sudah pastinya SEPULUH SEBAB di atas adalah sebab yang amat kukuh untuk beliau berundur. Kelemahan dan ketidakcekapan beliau bakal memalukan amalan perundangan di negara ini. Tommy Thomas, jangan kendalikan Jabatan Peguam Negara sebagai firma guamannya sendiri kerana ianya milik negara. Jabatan perundangan itu ada peraturan dan undang-undangnya. Janganlah buat perkara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat pada jabatan itu seperti yang berlaku pada hari ini.

Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor percaya bahawa ada calon peguam kanan lain yang lebih layak berbanding Tommy Thomas bagi memikul tangungjawab sebagai Peguam Negara. “LEBIH BAIK KAMU BERUNDUR SECARA BERHEMAH TOMMY DARIPADA SATU HARI NANTI ANDA DIBUANG SECARA TERHINA”.

MOHD HAIRI MAD SHAH

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: