Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Pagoh – PPKI

Kenyataan Media

Ir. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh

Kajian Tinjauan Oleh Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKI)

1. Saya merujuk kepada pengumuman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasminya pada 17 Julai 2019 yang bertajuk “Kajian Tinjauan Dalam Talian Oleh Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKI) Di Bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)”.

2. Maklumat tersebut juga turut dikongsi oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di laman facebooknya namun telah dipadam.

3. Persoalan yang timbul ialah, tawaran kepada kumpulan dan institusi bukan Islam untuk turut serta dalam tinjauan pendapat bagi tujuan penambahbaikan kepada pendidikan Islam di sekolah rendah.

4. Mengapa penambahbaikan pendidikan Islam perlu melibatkan golongan orang bukan Islam? Adakah golongan ini memahami asas serta matlamat pendidikan Islam? Adakah kumpulan dan institusi Islam sudah tidak berkemampuan untuk memberikan pendapat dan pandangan berkaitan pendidikan Islam di sekolah?

5. Tindakan Kementerian Pendidikan ini merupakan langkah tidak bijak serta dilihat cuba memperlekehkan keupayaan kumpulan serta institusi Islam itu sendiri.

6. Kementerian Pendidikan gagal memahami sensitiviti umat Islam apabila mempelawa kumpulan bukan Islam membincangkan halatuju pendidikan Islam.

7. Usaha ini seolah-olah ingin menjadikan Pendidikan Islam di sekolah lebih liberal mengikut acuan semua agama dan kaum.

8. Tindakan Timbalan Menteri yang memadamkan status facebooknya setelah dikecam hebat menguatkan lagi spekulasi bahawa ada puak-puak tertentu dalam Kementerian Pendidikan yang ingin mengambil kesempatan menjadikan pendidikan Islam mengikut acuan mereka sendiri.

9. Sekiranya tiada agenda jahat yang tersembunyi, maka Timbalan Menteri sepatutnya memberikan penjelasan, bukannya memadam status facebooknya itu.

10. Kami memandang serius isu ini dan menggesa pihak kementerian memberikan penjelasan mengapa tinjauan ini dibuka kepada kumpulan bukan Islam dan menarik balik langkah sumbang tersebut.

One thought on “Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Pagoh – PPKI

Add yours

Leave a Reply to Penyucian Jiwa Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: