MENTERI BESAR PERLU SEGERA BERTINDAK !

21 Jun, Johor Bahru – Menteri Besar, YAB Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini menasihatkan warga daerah Pasir Gudang agar tidak panik dan hanya mendengar maklumat yang sahih dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Katanya Kerajaan negeri telah mengarahkan Pegawai Daerah Johor Bahru selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bersama-sama jabatan yang berkaitan untuk menyiasat punca kejadian ini dan memastikan mereka yang terkesan akibat insiden ini mendapatkan rawatan segera.

Keadaan di Sekolah Agama (SA) Taman Mawar Pasir Gudang adalah terkawal dan belum ada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara di sana.

Menteri Besar memaklumkan bahawa punca insiden masih belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan keracunan gas atau keracunan makanan.

Dalam kejadian tersebut dilaporkan seramai 14 mangsa yang terdiri daripada 12 pelajar dan dua orang dewasa telah mendapatkan rawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Seharusnya, Menteri Besar haruslah bertanggungjawab dan mempercepatkan siasatan berkenaan punca berkenaan. Sekiranya ia berlaku di sebabkan Sumgai Kim Kim seperti sebelum ini, Saya mengharapkan Kerajaan Negeri perlu mengerahkan agensi/jabatan kerajaan terlibat untuk mencari solusi terhadap isu ini.

Makluman agar rakyat tidak panik ini menjadikan rakyat semakin gusar dan bimbang kerana rakyat tidak mengetahui punca disebalik kejadian ini.

Diharapkan YAB mengarahkan secepat yang mungkin dan agar tidak berlaku panik Rakyat khusunya di Pasir Gudang, Kelewatan penyelesaian terhadap perkara ini akan menyebabkan rakyat di Pasir Gudang tidak selesa dan bimbang untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah sekaligus akan menyebabkan situasi harian terganggu. Saya percaya dibawah pertadbiran Datuk Osman Sapian telah membuatkan YAB Menteri Besar yang baru mengambil pengajaran yang berguna.

Justeru, kerajaan negeri perlu segera bertindak atas perkara ini. Rakyat tidak mahu hanya pandai bercakap tapi tidak pandai melaksanakan.

MOHD HAIRI MAD SHAH

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERO JOHOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: