HASNI RASMI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PULAI

JOHOR BAHRU, 22 Jun – Tadi telah berlangsungnya Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai kali ke-32 Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.

Bahagian Pulai merupakan bahagian “pembukaan” atau bahagian pertama di antara 26 bahagian di Johor yang mengadakan persidangan mesyuarat perwakilan.

YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ) telah merasmikan majlis persidangan tersebut yang bermula pada jam 2.00 petang.

Sebelum itu, ketibaan Pengerusi BPUNJ telah disambut dengan paluan kompang dan kemudian telah mengetuai semak perbarisan sayap-sayap UMNO Bahagian Pulai bersama YBhg Datuk Nur Jazlan Mohamed (Ketua UMNO Bahagian Pulai) bersama kepimpinan UMNO Bahagian Pulai.

Selain kehadiran-kehadiran ketua-ketua cawangan dan perwakilan, majlis turut dihadiri oleh YBhg. Haji Hashim Ahmad, Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru selaku penyelaras mewakili BPUNJ, wakil-wakil daripada MCA Bahagian Pulai, MIC Bahagian Pulai, KIMMA dan turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil daripada PAS Bahagian Pulai.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Nur Jazlan Mohamed. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan perwakilan agar tidak berebut jawatan dan berperang sesama sendiri tetapi harus fokus menjadi pembangkang kepada kerajaan hari ini.

Antara lain, beliau turut menegaskan agar ahli tidak berfikir cara lama iaitu bertindak seolah-olah masih menjadi kerajaan dan perlu menyedari UMNO kini adalah sebuah parti pembangkang.

Pada masa yang sama, beliau juga yakin UMNO Johor di bawah tampuk pimpinan Datuk Ir Hasni Mohammad akan memenangi PRU ke-15 dan memimpin semula kerajaan negeri Johor.

Dalam ucapan perasmian Pengerusi BPUNJ, Hasni menyatakan UMNO parti orang Melayu kini ingin diharamkan. Beliau menjelaskan lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pengarah SPRM baru-baru ini oleh Perdana Menteri adalah berniat jahat untuk mengharamkan UMNO.

Ujar Hasni lagi, usaha membatalkan UMNO memang ada dan berterusan. Antaranya ada tindakan untuk mengambil dan merampas harta UMNO yang bermatlamat untuk membenam dan menguburkan parti UMNO. Sebagai contoh, berlakunya pembekuan akaun UMNO Johor dan UMNO Johor merupakan salah satu daripada entiti yang dikenakan saman lucut hak oleh SPRM.

Dalam ucapan tersebut, beliau berpesan agar ahli kena menjaga pemimpin UMNO dan dengan nada tegas beliau melaungkan UMNO akan terus kukuh kuat serta yakin UMNO akan merampas semula pemerintahan.

Di akhir ucapan, Hasni berkata UMNO sebagai pembangkang tugasnya menentang kerajaan. “Ianya bukanlah tugas yang mudah tetapi bukan suatu yang mustahil. Ia memerlukan kerjasama antara ahli, perlu ada usaha memperkukuhkan dan menggiatkan usaha menambahkan ahli serta cawangan di peringkat bahagian”.

“Senario yang perlu disedari ialah tidak mudah untuk memimpin kerajaan Johor dan ia merupakan suatu perkara yang sukar lagi-lagi kepada pimpinan yang baru setahun jagung sekarang ini yang merujuk kepada kegagalan pimpinan kerajaan negeri hari ini”.

Setelah berakhir ucapan, Hasni telah mengetuk gong sebagai simbolik perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pulai. Sebelum majlis tamat, telah berlangsungnya penyerahan Pingat Jasa Pulai kepada pemimpin yang telah lama berkhidmat dengan UMNO Pulai dan penyerahan cenderahati oleh UMNO Bahagian Pulai kepada perasmi.

Program yang dihadiri hampir 500 orang telah tamat pada jam 4.00 petang.

#UMNOJohorOfficial

#MadeInJohor

#DisiniLahirnyaUMNO

#AmaldanUsaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: