MUAR, 17 Jun – Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar telah di rasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Dato Ashaari Sarip yang telah berlangsung dengan lancar di Bangunan UMNO Bahagian Muar.
Majlis turut dihadiri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Saudara Mohd Fared Khalid, Sayap Pergerakan Pemuda Puteri UMNO Bahagian Pagoh dan dimeriahkan dengan kehadiran rombongan PAS Kawasan Muar.
Dalam ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar, beliau berkata persidangan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Muar yang telah bermula ini merupakan landasan terbaik untuk menghidupkan roh perjuangan dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Beliau turut menegaskan kepada semua perwakilan supaya mengambil kesempatan ini untuk mengukuh dan merapatkan saf perjuangan selain mendengar amanat yang bakal disampaikan oleh para pemimpin yang bakal merasmikan mesyuarat.
Antara amanat lain, beliau turut meminta semua sayap-sayap UMNO Bahagian Muar supaya menghindari permasalahan dalaman dan raikan perbezaan di antara sesama ahli parti.
#UMNOJohor #JohorTetapJadiJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha
Leave a Reply