23 Jun, Johor Bahru – 1. UMNO Johor tidak menyangkal ada gerakan cuba untuk mengharamkan UMNO sekali gus membubarkan parti keramat Melayu itu.
2. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan lucut harta.
3. “Tindakan kerajaan untuk melucut hak adalah sesuatu yang saya kira tidak wajar lebih-lebih lagi kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri.
4. “Kerana sepanjang kepimpinan Barisan Nasional bawah Datuk Seri Khaled Nordin, kita tidak pernah menerima sebarang kewangan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional pada ketika itu,” ujarnya.
5. Dalam pada itu, Datuk Ir Hasni menegaskan bahawa kerajaan mungkin dapat membatalkan UMNO tetapi semangat ahli-ahli UMNO tidak akan dapat digugat.
6. “Saya percaya Majlis Tertingggi akan mengambil langkah-langkah sewajarnya dan kita akan pastikan lebih tiga juta ahli UMNO ini tidak kesudahan tanpa parti, sama ada kita tubuh parti baharu atau kita jadi ahli kepada parti yang sedia ada namun bukan daripada parti kerajaan,” katanya.
7. Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan UMNO Bahagian Pulai, semalam.
Leave a Reply