BUNG MOKHTAR RASMIKAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU

23 Jun, Johor Bahru – Semalam telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, telah dirasmikan oleh YB Dato Bung Mokhtar Raden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan serta rombongan.

Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor. YB Datuk Ir Hasni Mohammad dan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad,

Tetamu jemputan Ketua Pemuda PAS Johor Bahru Saudara Alif serta rombongan, kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Johor, kepimpinan sayap Wanita, Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru, Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Rombongan MCA Johor Bahru dan Dewan Muda Johor.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pemuda Bahagian Johor Bahru mengegaskan kepada Pemuda UMNO agar sentiasa berada di hadapan kelok perubahan zaman apatah lagi pada zaman yang penuh dengan cabaran tatkala pentadbiran Pakatan Harapan terus mencengkam, cuba membunuh dan menikam kita.

Tetapi Pemuda UMNO akan terus menjadi penghalang daripada ianya berlaku.

“Kami adalah pergerakan kanan UMNO yang akan sentiasa menjaga kapal ini daripada dirampas oleh musuh-musuh yang penuh jahat”

katanya lagi, Berbekal semangat juang tanpa sempadan, kita tidak hanya sekadar mengetengahkan peri-penting UMNO di mata orang muda, wanita, warga emas tetapi meliputi semua pihak, semua orang dan semua Malaysia.

Sementara, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berpandangan, masyarakat terhadap kita pun telah berubah. Respon dan kepercayaan rakyat kepada UMNO pada hari ini telah lebih baik.

Penyatuan ummah adalah satu yang mudah, kerana tidak banyak beza diantara perjuangan umno dan pas, dan itulah asas penyatuan ummah.

Saya cukup berbangga dengan semangat juang dengan Pemuda pada hari ini yang boleh dilihat pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau walaupun dalam keadaan UMNO menjadi pembangkang, kekalkan kekuatan ini, dan taat kepada kepimpinan parti.

Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah menyatakan dalam perjuangan perlu ada keyakinan, pemuda hari ini harus berani bersuara.

Katanya lagi kerajaan Pakatan langsung tidak tersusun dan tidak teratur, bukan saja gagal dalam menunaikan manifesto, tetapi mereka juga betul-betul telah menyusahkan kita semua, Ekonomi semakin teruk, orang senang jadi susah, orang susah jadi bertambah susah.

Sebenarnya banyak hikmahnya apa yang berlaku dan percayalah setiap kekalahan pasti ada kemenangan masa akan datang.

Antara pesan Bung lagi, sebagai ahli UMNO kita tidak perlu mendedahkan kelemahan parti kepada orang luar dan bergaduh sesama sendiri.

“Berjuanglah atas keikhlasan dan janganlah ada agenda. UMNO bukanlah organisasi, tetapi umno adalah sebuah perjuangan”

Kalau kita ada keikhlasan percayalah Allah berkati perjuangan kita, selamatkanlah perjuangan ini. Lawan tetap lawan!

Gong diketuk sebagai simbolik perasmian mesyuarat perwakilan pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

#UMNOJohor #JohorTetapJadiJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: