Pencemaran Gas Kimia, 15 Buah Sekolah Terkesan Melibatkan Sejumlah Besar Pelajar Di Pasir Gudang – Datuk Seri Khaled Nordin

Pencemaran Gas Kimia Di Pasir Gudang

24 Jun, 2019 – 1. Saya berasa cukup sedih dan kecewa apabila mengetahui kejadian kali ke-2 melibatkan pencemaran gas dan kimia sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar sekolah di Pasir Gudang.

2. Sehingga ke hari ini, lebih 15 buah sekolah terkesan melibatkan sejumlah besar pelajar sekolah di Pasir Gudang telah mengalami masalah kesihatan akibat daripada kebocoran gas kimia. Hari ini, wakil Kerajaan sendiri iaitu Ahli Parlimen Pasir Gudang telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau berhubung cara krisis ini diuruskan. Wakil Kerajaan sendiri ragu dan sangsi dengan bentuk tindakan yang sudah diambil dan beliau kedengaran kecewa serta mual dengan sikap Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

3. Saya melihat isu ini menunjukkan beberapa perkara.

4. Pertama, Kerajaan Negeri rupa-rupanya tidak sedikit pun mengambil pengajaran daripada kejadian Mac lalu. Sedangkan kejadian sebelum ini sudah cukup perit untuk menggambarkan keperluan kerajaan bertindak pantas dan cekap.

5. Kedua, setahu saya, Kerajaan Negeri sebelum ini ada meyakinkan orang awam bahawa mereka akan melihat perkara seperti ini secara serius. Akan ada prosedur dan garis amalan yang diperkemas. Malah, apabila ada wakil pembangkang seperti saya sendiri memberikan cadangan, mereka pantas menjawab bahawa keadaan adalah di bawah kawalan dan memberi jaminan tragedi yang sama tidak akan dibiarkan berulang.

6. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membuat kenyataan dan memberikan pendedahan yang segera berhubung apakah sebenarnya yang berlaku. Pada masa yang sama, bagi mengelakkan kerisauan rakyat dan memastikan kejadian ini dapat ditangani dengan segara, adalah baik untuk Kerajaan Negeri membentangkan pelan serta strategi untuk menguruskan krisis ini.

7. Tindakan berlengah dan tidak bertindak dengan kadar segera ini hanya akan menyebabkan penduduk di Pasir Gudang semakin panik dan tertekan dengan ketidaktentuan berhadapan dengan situasi ini tanpa ada sedikit pun maklumat dan tanggungjawab yang diambil daripada pihak kerajaan.

8. Janganlah sekali lagi membiarkan masyarakat dalam kebingungan sedangkan mereka yang terpaksa menerima kesan langsungnya.

9. Kita tidak boleh membiarkan perkara sebegini menjadi kelaziman. Kerajaan Negeri mesti bertindak pantas dan memberi prioriti kepada isu seperti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: