PENDUDUK PASIR GUDANG BERHAK DI NASIHATI LANGKAH KESELAMATAN DAN PROSEDUR KESIHATAN

KENYATAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG MENGENAI BENCANA PENCEMARAN TERKINI DI PASIR GUDANG

1. Pasir Gudang sekali lagi diuji dengan tragedi/bencana yang sangat tidak diingini. Walaupun ketika ini ianya masih tidak melibatkan nyawa, namun tindakan daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan nampaknya masih layu dan longlai. Seolah-olah tidak ada simpati kepada mereka yang terkesan.

2. Sewajarnya, kerajaan sudah boleh belajar dari kejadian Sungai Kim Kim yang berlaku hanya beberapa bulan lepas.

3. Pengajaran dari segi pengurusan krisis, kepentingan mempunyai pelan pengurusan krisis, keutamaan untuk segera mengenal pasti punca dan lokasi sebenar pencemaran, selain yang paling mustahak adalah komunikasi yang jelas dan jujur kepada orang ramai untuk mengelakkan panik serta kejadian yang lebih buruk dari terus berlaku.

4. Namun malangnya, ini semua tidak berlaku. Rakyat khususnya penduduk sekitar Pasir Gudang tidak diceritakan perkara yang betul mengenai krisis yang sedang berlaku. Hanya pengumuman mengenai keadaan yang kononnya terkawal, walhal perkara sebaliknya berlaku di lapangan (seperti dalam gambar yang dikongsi orang ramai).

5. Sekali lagi kami mendesak agar pihak kerajaan bertindak jujur dan segera berkongsi fakta mengenai krisis yang sedang berlaku. Rakyat berhak dimaklumkan mengenai langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang perlu mereka ambil untuk mengelakkan dari risiko terdedah kepada pencemaran.

6. Rakyat juga berhak untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berwajib mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan andainya mereka terkesan daripada pencemaran yang sedang berlaku.

7. Kami mendoakan agar krisis kali ini dapat ditangani dengan segera dan secepat mungkin. Penduduk Pasir Gudang tidak harus terus tinggal dalam keadaan yang tidak selamat, dan terus dibimbangi dengan masalah pencemaran yang seolah-olah tidak ditangani dengan serius oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

NOOR AZLEEN AMBROS

Ketua, Pemuda UMNO Pasir Gudang

24 Jun 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: