MENTERI BESAR JOHOR JANGAN JADI SEPERTI PAHAT DENGAN PENUKUL

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Merujuk kepada artikel Berita Harian hari ini yang bertajuk “Pencemaran Pasir Gudang: Ada gas ‘ganjil’ – Yeo Bee Yin”, Menteri Besar Johor serta EXCO yang bertanggungjawab perlu lebih serius menangani isu bencana yang melanda Pasir Gudang.

Seperti sedia maklum, bencana yang melanda ini bukanlah pertama kali berlaku dan ia sudah berlaku sejak Mac 2019 yang melibatkan pencemaran udara yang berpunca daripada pembuangan sisa kimia ke Sungai Kim-Kim.

Walhal pada Mac lalu, kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan ada menyatakan bahawa isu ini sudahpun diselesaikan.

Namun, isu yang sama dilihat seolah-olah berulang kembali pada Jun 2019. Isu yang hampir seminggu berlaku ini masih belum dapat diselesaikan hingga kini.

Lebih mendukacitakan apabila kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Dr Sahruddin Jamal dilihat seakan-akan tidak memandang serius dan lebih membisu berkenaan isu ini.

Pelbagai desakan dan teguran telah diberikan. Ini termasuklah penyerahan memorandum “Menuntut Kecekapan Kerajaan Pakatan Harapan Menangani Bencana Di Pasir Gudang” oleh Ketua Pembangkang Johor, Datuk IR Haji Hasni Mohammad kepada Menteri Besar Johor di Nusajaya baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Pengerusi PKR Johor sendiri sudah menegur serta membidas agar kerajaan negeri tidak cuai dan tidak lagi melempar janji-janji manis dalam menyelesaikan isu ini.

Teguran yang datang daripada rakyat, pembangkang mahupun rakan Pakatan Harapan juga seolah-olah dipandang enteng oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Berbalik seperti yang dikatakan oleh Menteri bahawa wujudnya gas ‘ganjil’ di Pasir Gudang, kerajaan khususnya kerajaan negeri perlu tampil ke hadapan bagi memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘ganjil’ itu. Apa kandungannya, sejauhmana bahayanya gas tersebut dan apa risikonya kepada manusia?

Keadaan dan tindakan kerajaan yang masih samar-samar dalam menyelesaikan isu bencana ini pasti mendatangkan kerisauan penduduk Pasir Gudang yang pasti masih berada dalam keadan ketakutan serta trauma.

Justeru itu, Menteri Besar dan barisan kepimpinannya yang telah diberikan mandat oleh rakyat perlu kerap tampil memperjelaskan situasi sebenar serta progres tindakan pihak berwajib yang menangani isu ini.

Ini penting agar rakyat tidak terus tertanya-tanya. Kerajaan negeri Johor tidak haruslah menjadi “seperti pahat dengan penukul” yang membawa erti orang yang hanya bekerja apabila disuruh.

Sudah pasti rakyat mengharapkan tindakan pantas daripada kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana ini.

Di samping itu, kerajaan negeri wajib membentangkan pelan tindakan mampan dan jaminan agar isu seperti ini tidak berulang lagi.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri juga perlu segera mengumumkan adakah kilang yang berasaskan bahan kimia di Pasir Gudang perlu dipindahkan ke lokasi lain seperti yang dicadangakan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Didoakan agar Pasir Gudang dan negeri Johor amnya sentiasa selamat di bawah lindungan Allah. Cukuplah hanya gas yang ganjil, jangan Menteri Besar Johor yang ganjil.

#UMNOJohorOfficial #Amaldanusaha #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO

📌Artikel Pencemaran Pasir Gudang: Ada gas ‘ganjil’ – Yeo Bee Yin:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578895/pencemaran-pasir-gudang-ada-gas-ganjil-yeo-bee-yin

📌Artikel teguran MP Pasir Gudang:

https://m.malaysiakini.com/news/480965

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577939/penguatkuasaan-lemah-tiada-pelan-tindakan-punca-bencana-berulang

📌Artikel serahan memorandum:

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/desak-kerajaan-negeri-dedah-dalang-pencemaran-di-pasir-gudang-1.924650#.XRLvt7AtXH0.facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: