NUSAJAYA, 30 Jun – Hari ini telah berlangsungnya Sidang DUN Negeri Johor yang ke-14. Antara usul yang disentuh dan dibahaskan ialah isu pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang.
Apa yang mencuri perhatian, usul berkaitan pencemaran ini turut dibawa oleh Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh yang merupakan ADUN dari Permas. Jika kita teliti, tindakan ADUN tersebut yang membawa usul berkenaan jelas menggambarkan bahawa beliau seolah-olah keliru dengan kedudukannya sebagai ADUN Kerajaan.
Sebagai wakil ADUN kerajaan, beliau seharusnya membawa perkara ini ke dalam perbincangan dalaman. Namun demikian, tindak tanduk ADUN terbabit secara jelas ingin mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan mereka sendiri di hadapan pihak pembangkang.
Pada masa yang, Datuk IR Haji Hasni Mohammad yang turut membahas isu pencemaran tersebut menjelaskan bahawa kerajaan negeri gagal menangani isu pencemaran udara di Pasir Gudang.
Dengan nada sarkastik, Hasni menyatakan bahawa “kerajaan negeri membawa usul mendesak kerajaan negeri agar kerajaan negeri mengambil tindakan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri” yang merujuk kepada usul yang dibawa oleh ADUN Permas.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Pengerusi PKR Negeri Johor iaitu YB Hassan Karim turut pernah mengkritik pentadbiran Dr. Sahruddin Jamal dalam menangani isu pencemaran di Pasir Gudang.
Ini satu perkara yang sangat memalukan pihak Kerajaan Negeri Johor secara menyeluruh, khususnya yang membabitkan isu pencemaran kimia di Pasir Gudang.
#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO
Leave a Reply