BELIA JOHOR KECEWA DENGAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

NUSAJAYA, 1 Julai – Sempena berlangsungnya Sidang DUN Johor, pihak Barisan Nasional telah mengambil inisiatif mengadakan sebuah program yang dinamakan sebagai Bicara Barisan Muafakat. Bicara yang mengupas isu-isu semasa ini turut memfokuskan kepada kekecewaan setahun Pakatan Harapan Johor.

Antara isu yang dikupas hari ini ialah Aspirasi Belia Johor. Isu ini telah dikupas oleh dua orang panel anak muda atau pemimpin muda daripada dua parti terbesar orang Melayu di Malaysia. Panel yang dimaksudkan ialah Saudara Noor Azleen Ambros yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, merangkap Mantan Pengarah Unit Media dan Komunikasi Menteri Besar dan seorang lagi panel ialah Saudara Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Dalam sesi bicara tersebut, Azleen menjelaskan bahawa belia pada hari ini sangat kecewa dengan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan khususnya di Johor. Belia atau anak muda dilihat keliru dengan agenda serta hala tuju yang ditawarkan oleh kerajaan negeri terhadap anak muda. Beliau menambah, usaha yang ada sekarang pun adalah kesinambungan daripada usaha kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Ini menggambarkan bahawa kerajaan negeri tidak ada usaha yang serius dan bersepadu untuk pelaksanaan dasar khusus yang jelas untuk diterjemah atau dilaksanakan oleh pemegang taruh.

Beliau turut menggambarkan wujudnya kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Harapan melalui agenda Ekonomi Kreatif. Sebagai contoh, apabila wujudnya rombakan Menteri Besar, kita dapat lihat portfolio iu juga sudah tiada dan ini menjelaskan lagi bahawa agenda yang dibawa kerajaan negeri tidak mempunyai asas yang kukuh.

Dalam menyentuh isu kepercayaan anak muda terhadap kepimpinan, beliau menzahirkan rasa kerisauan anak muda tidak akan percaya kepada parti politik. Ini timbul ekoran ketidakmampuan kerajaan sedia ada ini untuk melaksanakan manifesto yang mereka sendiri bina atau bahasa mudahnya menipu anak muda dengan manifesto yang bersifat gula-gula. Berdasarkan kerisauan itu, Azleen menegaskan kerjasama UMNO-PAS sebagai blok pembangkang dilihat sebagai wadah untuk mengembalikan kepercayaan itu. Ini kerana kerjasama UMNO-PAS ini dilihat membuahkan hasil, dirasai kesannya dan impaknya oleh rakyat.

Selain itu, UMNO-PAS terlebih dahulu perlulah membina kekuatan di blok pembangkang untuk menghadapi PRU akan datang. Antaranya memberikan tawaran-tawaran baru, segar dan di luar kotak pemikiran untuk menawan kembali kepercayaan anak muda. Beliau juga mengingatkan pihak kerajaan supaya membangunkan dasar yang jelas lebih-lebih lagi di era Revolusi Industri 4.0 agar kita tidak tertinggal khususnya anak muda. Ujar beliau lagi, ketidaksefahaman politik juga perlu diketepikan untuk memajukan Malaysia.

Andai kerajaan negeri masih dalam tempoh “honeymoon” dan tidak serius, kita akan dilanda zaman gelap. Kekalahan BN pada PRU lepas dilihat sebagai suatu hikmah untuk rakyat membandingkan corak pemerintahan BN dengan PH kini. Dari sudut kebolehan dan kompetensi, rakyat melihat kerajaan PH banyak tertinggal, wujud kelompongan yang besar dan banyak yang kerajaan negeri tidak beri tumpuan. Azleen turut menggesa kerajaan sedia ada untuk mengetengahkan peranan anak muda khusunya golongan milenial yang mahu diberikan kemudahan untuk memperkasakan diri mereka sesuai dengan jiwa orang muda itu sendiri. Adalah menjadi kerugian buat anak muda Johor apabila PH gagal mentadbir kerajaan negeri.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, beliau telah membandingkan pimpinan kerajaan BN dengan PH dalam melihat soal aspirasi belia di Johor. Sebagai blok pembangkang di era BN dan PH, beliau merasakan anak muda sekarang tidak dapat merasai tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri bahkan apa yang dirasai adalah kekecewaan. Dalam bual bicara tersebut, Nawfal turut memberikan kredit kepada kerajaan pimpinan BN terdahulu dalam mentadbir negeri ekoran daripada faktor pengalaman dan hubungan baik dengan pihak istana.

Jelas beliau lagi, kerajaan BN terdahulu mempunyai agenda atau matlamat jangka masa panjang, ada fasa pemberian dan yang penting dapat dirasai. Berbeza pula dengan kerajaan PH kini yang agendanya lebih bersifat populis dan tidak sampai kepada anak muda itu sendiri.

Apabila ditanya soal harapan anak muda terhadap gandingan UMNO-PAS, Nawfal berkata kita perlu melihat semula kebelakang dimana gabungan ini pernah berlaku dan ia merupakan sesuatu yang baik dan positif. Beliau menjelaskan lagi, kerjasama ini perlu ada pemuafakatan yang lebih baik dan melupakan perkara atau yang dahulu.

#UMNOJohorOfficial

#MadeInJohor

#AmaldanUsaha

#DisiniLahirnyaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: