USUL TERGEMPAR ADUN-ADUN BN TERHADAP KEBIADAPAN AHLI PARLIMEN LABIS

NUSAJAYA, 1 Julai – Ketua Pembangkang telah membawa rundingan supaya ditangguhkan mesyuarat Dewan Negeri di bawah Peraturan Tetap Bil.32 (viii). Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor untuk membawa suatu rundingan yang diaku mustahak oleh Speaker, atau ahli yang mengetuai mesyuarat dan disokong oleh Sepuluh orang ahli yang bangun pada tempatnya masing-masing, iaitu:

 

Hasni berkata, Usul untuk mendesak Parlimen dan Kerajaan Negeri menyatakan pendirian terhadap soalan lisan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Labis di Parlimen Malaysia berkenaan nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’, samada ia telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak dan sekiranya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.

 

Selain itu, Sebagai seorang Ahli Parlimen Labis yang berasal dari Negeri Johor, dan bertanya berkenaan Institusi Diraja Johor, maka wajar Dewan Undangan Negeri Johor untuk menerima usul tergempar ini bagi memberi pencerahan kepada tiga perkara.

ini antara perkara yang dipersoalkan oleh Adun-Adun Barisan Nasional Negeri Johor terutamanya Ketua Pembangkang Negeri Johor iaitu Adun Benut YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad.

 

1. Apakah kewajaran soalan yang demikian diajukan oleh seorang Ahli Parlimen Malaysia terhadap sebuah institusi Raja Berpelembagaan Malaysia?

2. Apakah kewajaran Parlimen Malaysia membenarkan soalan yang sedemikian diluluskan di Parlimen Malaysia?

3. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Johor terhadap soalan yang diajukan Ahli Parlimen Labis memandangkan ia berkait rapat dengan Institusi Diraja Johor?

Hasni berkata, sebaiknya sebagai seorang ahli parlimen Malaysia, beliau harus bertanggungjawab terhadap menyuarakan sesuatu isu, lebih-lebih lagi apabila menyentuh Institusi Raja Berpelembagaan Malaysia.

 

Semoleknya, ada cara dan kaedah yang lebih beradab dalam menyuarakan pandangan terhadap Institusi Raja-Raja. Yang pasti, tindakan ini adalah satu jenis pengkhianatan kepada institusi berkenaan.

 

Akhir sekali, sebagai seorang Ahli Parlimen dan pembuat  dasar negara, beliau perlu arif terhadap kesan dan akibat, secara langsung mahupun tidak berikutan soalan lisan yang ditanyakan di dalam Parlimen, tindakan beliau ini boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap Institusi Diraja Johor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: