KERAJAAN NEGERI USAH ABAIKAN MASYARAKAT LUAR BANDAR – ASIAH MD ARIFF

NUSAJAYA, 2 Julai – Hari ini berlangsungnya Bicara Barisan Muafakat siri ke-3 yang membincangkan berkenaan Pembangunan Luar Bandar dan FELDA.

Panel undangan hari ialah Hajah Asiah Md Ariff, Ketua Wanita UMNO Negeri Johor merangkap mantan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat dan seorang lagi panel ialah Datuk Ayub Rahmat Mantan Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. Nama mereka bukan asing bagi kerajaan negeri kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan negeri Johor.

Dalam sesi bicara tersebut, Asiah menegaskan Kerajaan PH tidak menjaga kebajikan ketua kampung kerana hampir kesemua daripada mereka adalah muka-muka baru. Dahulu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor telah memberikan pelbagai inisiatif. Ini termasuklah elaun bulanan sebanyak RM 1100. Namun di zaman pimpinan Pakatan Harapan, elaun bulanan Ketua Kampung berkurang menjadi RM 900 sebulan.

Dalam bicara mengenai kebajikan luar bandar, Asiah juga berkata kerajaan PH telah memberikan harapan pada warga FELDA. Hinggakan sekarang harapan hanya tinggal harapan. Tambah beliau, peneroka adalah penyumbang besar kepada kemenangan PH di Johor dan paling menyedihkan adalah peneroka FELDA kehilangan kesemua insentif dan inisiatif seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu. Jika kita dapat lihat sekarang, peneroka FELDA mahukan bantuan dan duit raya sehingga harus merayu-rayu kepada kerajaan.

Pada masa yang sama, Asiah turut menzahirkan rasa kecewa dengan kegagalan Kerajaan Negeri Johor. Mereka dilihat hanya bijak “COPY PASTE” semua kejayaan BN ketika menjadi kerajaan dahulu.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu tahu bahawa rakyat semakin hari semakin muak dan tidak tahan dengan tekanan ekonomi yang semakin memuncak.

Beliau juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengabaikan masyarakat luar bandar kerana mereka adalah salah satu penyumbang besar kepada ekonomi kerajaan PH.

#UMNOJohorOfficial

#AmaldanUsaha

#MadeInJohor

#DisiniLahirnyaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: